Shahar Puji PM Beri Peluang Anak Muda Dalam Menjayakan Pemulihan Negara

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Paya Besar, Mohd Shahar bin Abdullah memuji langkah Perdana Menteri, YAB Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberi peluang kepada golongan anak muda dalam menjayakan agenda pemulihan negara.

Jelasnya, sememangnya inilah yang menjadi harapan anak muda terhadap kerajaan, supaya suara mereka didengari dan diambil kira dalam kerajaan membuat keputusan untuk negara.

‘Saya meneliti ucapan Perdana Menteri, YAB Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob sebentar tadi berkenaan agenda pemulihan negara yang akan diteruskan selepas ini.

“Namun apa yang menarik perhatian saya ialah apabila YAB Perdana Menteri menyatakan komitmen kerajaan untuk mendengari dan memberi tumpuan kepada suara anak muda dalam menjayakan agenda besar pemulihan negara.

“Saya sambut baik seruan ini dan menganggap ia sebagai satu penanda aras baharu kepada kerajaan yang menunjukkan langkah terkehadapan dalam mendekati golongan belia demi masa depan negara.” kata Shahar melalui kenyataan medianya.

Dalam pada itu, beliau yang juga bekas Timbalan Menteri Kewangan yakin dan percaya, dengan kadar vaksinasi negara kini yang berada pada tahap baik, petanda positif akan terus dapat dilihat dari masa ke semasa sama ada dari segi kesihatan rakyat mahupun ekonomi negara.

Ujarnya lagi, seperti juga YAB Perdana Menteri, saya juga berharap kita seluruh Keluarga Malaysia dapat bekerja bersama-sama dalam usaha membangunkan semula negara kita selepas tamat pandemik ini. InsyaAllah! –SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat