Konsep ‘Keluarga Malaysia’ Sangat Inklusif Dan Dekat Di Hati Rakyat – Abdul Rahman

- Advertisement -

KUALA LIPIS: Ucapan sulung Perdana Menteri, YAB Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang memperkenalkan konsep ‘Keluarga Malaysia’ sangat inklusif dan dekat di hati rakyat.

Ahli Parlimen Lipis, Dato’ Sri Abdul Rahman Mohamad berkata, konsep yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri ini mengajak seluruh rakyat Malaysia merentasi fahaman politik, tak kira kaum dan agama untuk mendakap erat prinsip kebersamaan, bagi memastikan kita semua bersama-sama keluar dari pandemik ini.

“Perdana Menteri hari ini memperkenalkan frasa Keluarga malaysia mengajak seluruh rakyat Malaysia merentasi fahaman politik, tak kira kaum dan agama untuk mendakap erat prinsip kebersamaan, bagi memastikan kita semua bersama-sama keluar dari pandemik ini.

“Konsep KELUARGA MALAYSIA yang sangat inklusif dan terasa sangat dekat dengan rakyat menunjukkan satu nilai prihatin dan kasih sayang sesama kita semua satu keluarga besar Malaysia.” ujar beliau lagi.

Abdul Rahman yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO berkata lagi, ini adalah tanggungjawab kita untuk sama-sama menghargai persamaan, bukan perbezaan, agar kita mampu membina semula Malaysia.

“Saya amati bait-bait tersebut, setiap tingkah yang dilakukan umpama “menarik rambut dalam tepung, rambut tidak putus, tepung tidak berselerak.”

“Keringat dan nilai sesuap nasi cukup difahami, beliau sedang berperanan sebagai seorang Perdana Menteri untuk semua, demi menjaga nyawa, keringat dan nilai sesuap nasi semua rakyat Malaysia.” katanya lagi.

Beliau berharap. semua pihak bersama-sama kita berganding bahu membantu beliau memacu negara keluar dari krisis ini.

Terdahulu, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini tampil menyeru semua pemimpin politik berkerjasama sebagai Keluarga Malaysia bagi menyelamatkan rakyat dan memulihkan negara yang diancam pandemik Covid-19.

Menurut Ismail rakyat negara ini adalah satu keluarga tanpa mengira agama, bangsa dan kaum. Setiap daripada anda adalah seperti keluarga saya sendiri – sama ada anak muda, mahupun yang telah berusia yang saling melengkapi, umpama anggota tubuh yang saling memerlukan.

“Saya menyeru kepada seluruh Ahli Dewan Rakyat, sama ada dalam atau luar kerajaan supaya menggembleng tenaga untuk memulihkan semula keadaan negara. Marilah kita, dengan fikiran terbuka dan dada yang menerima, mencungkil persamaan dengan tidak lagi menggali perbezaan. Kita perlu bersepakat untuk menyelamatkan keluarga kita, iaitu Keluarga Malaysia,” kata Ismail Sabri dalam ucapan sulung beliau sebagai Perdana Menteri petang tadi.

Menurut Ismail, beliau menggunakan pendekatan Keluarga Malaysia kerana frasa ini sifatnya lebih inklusif. Ia merentasi sempadan agama, bangsa, dan kaum.

“kita menyedari kewujudan sesebuah keluarga yang berkahwin dengan pelbagai bangsa dan agama, tetapi nilai kekeluargaan telah mengikat mereka semua. Sebab itu, konsep Keluarga Malaysia diambil kerana bagi saya keutuhan negara terikat dengan nilai-nilai didikan sempurna dalam sesebuah keluarga.” kata Ismail Sabri pada ucapan sulungnya yang disiarkan secara langsung, petang tadi. –SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat