KKM Keluarkan Kompaun Ke Atas Menteri

- Advertisement -

CYBERJAYA: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui kenyataan medianya hari ini telah mengeluarkan kompaun ke atas Menteri Perladangan dan Komoditi, Dato Dr. Mohamad Khairuddin kerana gagal mematuhi perintah kuarantin 14 hari setelah pulang dari Turki.

KKM menjelaskan Dr Khairuddin telah melakukan kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Jangkitan) (No 7) 2020, Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1998 (Akta 342).

Beliau, Dr Khairuddin telah pulang dari Turki pada 7 Julai 2020. Sampel Narsopharyngeal Swab kali pertama telah diambil pada hari yang sama dan didapati negatif.

“Ujian saringan covid-19 kali kedua dan ketiga juga didapati negatif, jelas KKM lagi.

Dr Khairuddin telah gagal mematuhi Peraturan dibawah Akta 342, Pegawai diberi kuasa  (PDK) mengeluarkan kompaun sebanyak RM1,000 kepada YB Datuk Dr. Khairuddin pada 7 Ogos 2020 dan beliau telah menjelaskan kompaun tersebut, kata KKM.

Terdahulu, Ahli Parlimen Seputeh Teressa Kok mempertikai Dr Khairuddin kerana tidak menjalani kuarantin 14 hari setelah pulang dari luar negara pada Julai lepas.

Teressa mengangap Khairuddin telah melakukan pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat