Khairuddin Pulang Gaji Menteri 4 Bulan, Mohon Maaf Gagal Patuh SOP

Kerana Ketagih Dadah, Anak Lelaki Tergamak Ugut Bunuh Ibu

KULIM - Seorang lelaki sanggup mengugut membunuh ibunya ketika meminta wang dipercayai untuk membeli dadah di Kampung Jubai, Labu Besar di sini semalam. Ketua Polis...

Najib Beri Respon Sinis Selepas Didakwa Jadi Menteri Dalam Kabinet Anwar

SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memberi respons secara sinis terhadap dakwaan sebuah laman sesawang yang melaporkan beliau antara 19...

“Deklarasi Anwar dan Kenyataan Zahid Jadi Peringatan Buat PPBM”

CYBERJAYA - Deklarasi Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menubuhkan kerajaan baru merupakan satu peringatan kepada Kerajaan Perikatan Nasional (PN) terutamanya kepada YAB Perdana Menteri,...

PKR Sasar Sokongan 20 MP Lompat Dari Bersatu dan UMNO – Laporan

KUALA LUMPUR — Dakwaan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim mempunyai sokongan majoriti bagi menubuhkan kerajaan terus menimbulkan pelbagai tanda tanya,...

Annuar Musa Negatif Covid-19, Tetap Jalani Kuarantin

CYBERJAYA - Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa memberitahu bermula hari ni beliau akan menjalani kuarantin di Kota Kinabalu walaupun ujian...

KUALA LUMPUR – Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Mohd Khairuddin Aman Razali hari ini memohon maaf kepada rakyat Malaysia berikutan kegagalan mematuhi peraturan dan prosedur operasi standard (SOP) perintah kawalan pergerakan pemulihan (PKPP).

Beliau juga akan memulangkan gaji sebagai menteri bagi Mei hingga Ogos, sebagai sumbangan kepada Tabung Bantuan Bencana Negara (Tabung Covid-19).

Dalam satu kenyataan Khairuddin berkata adalah tanggungjawabnya sebagai menteri untuk akur kepada peraturan dan SOP, sepanjang tempoh PKPP.

“Sebagai menzahirkan rasa bertanggungjawab itu, saya dengan ini akan memulangkan semua gaji saya sebagai menteri, untuk Mei hingga Ogos 2020 sebagai sumbangan kepada Tabung Covid-19 di bawah Kementerian Kesihatan (KKM),” katanya.

Selain itu, beliau turut memaklumkan gaji Mac dan April, juga disumbangkan sebelum ini ke tabung itu seperti keputusan Kabinet sebelum ini.

“Saya akan terus bekerja keras dan melipatgandakan lagi segala usaha dan tenaga saya, untuk melaksanakan tugasan amanah sebagai menteri, bagi memastikan semua rakyat yang terlibat di bidang perladangan dan komoditi, khususnya lebih sejuta pekebun kecil B40, sentiasa mendapat manfaat dan terbela kebajikan mereka,” katanya.

KKM dalam kenyataan hari ini berkata, kementerian itu mengeluarkan kompaun RM1,000 terhadap Khairuddin pada 7 Ogos lalu atas kesalahan bawah Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan), Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1998 (Akta 342).

Khairuddin sudah menjelaskan kompaun itu. – Bernama

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Bagi Sumbangan Tak Tanya Kami, Pegawai Mukhriz Bidas Ebit Liew

ALOR SETAR - Eksekutif Media Menteri Besar Kedah mendakwa tindakan penceramah terkenal, Ustaz Ebit Lew memberikan bantuan kepada golongan asnaf di negeri itu telah...

Haramkan Sekolah Tahfiz Kalau Mahu Arak Diharamkan Kata Siti Kassim

Kuala Lumpur - Peguam Siti Zabedah Kasim menyelar cadangan Pas untuk mengantung penjualan arak ekoran peningkatan kes yang melibatkan pemandu mabuk. Dia yang lebih dikenali...

Seorang Menteri Umum Letak Jawatan Petang Ini

Kuala Lumpur - Seorang menteri dijangka bakal mengumumkan meletak jawatan petang ini. Menurut sumber yang menghubungi SuaraTV sebentar tadi satu sidang akhbar akan diadakan bagi...

Berita Berkaitan