Kempen BN Tidak Menggunakan Sentimen Perkauman – Wan Rosdy

- Advertisement -

SLIM: Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Pahang, Dato’ Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata kempen Barisan Nasional (BN) tidak menggunakan sentimen perkauman untuk meraih undi katanya.

“Parti komponen BN terdiri daripada pelbagai kaum, kita ada MCA, MIC dan UMNO dan sekarang kita ada Muafakat Nasional dengan PAS, kata Wan Rosdy.

Tidak benarlah kata BN menggunakan lebih sentimen perkauman ketika berkempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Slim ini. Kita lebih berpegang kepada “track record” sepanjang BN memerintah, ujarnya lagi.

Lihatlah keupayaan kepimpinan sebelum ini, apabila kita mentadbir negara dan negeri pahang adalah “track record”, rakyat akan menilai “track record” ini, kata Wan Rosdy.

“Di Pahang berlaku PRK Cameron Highlands dan Chini, kita berkempen kepada pengundi disana pasal “track record”, dan kita berjaya menang kedua-dua PRK tersebut.

“Persoalan perkauman ini tidak begitu timbul sangatlah, kecuali kepada mereka yang kehabisan modal, Wan Rosdy diminta mengulas sesetengah pihak yang mengatakan BN menggunakan senstimen perkauman untuk mengaut undi masuk.

Wan Rosdy juga meminta pengundi-pengundi memberi undi kepada BN, hanya BN mampu bawa isu -isu atau permasalahan rakyat dikawasan masing-masing.

Hanya calon BN Mohd Zaidi Aziz dapat meneruskan usaha-usaha yang telah arwah Datuk Khusyairi buat sebelum ini, katanya.

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat