Sarawak adalah jiwa dan nadi Malaysia, Anwar jamin laksana MA63

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berikrar bahawa kerajaan di bawah pimpinan beliau kekal teguh terhadap usaha menjamin serta melaksana perkara-perkara yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dengan amanah dan penuh rasa tanggungjawab.

Ujar beliau, tanggal 22 Julai adalah satu tanda yang terukir kukuh dalam lipatan persejarahan negara bangsa ini.

“Atas kesempatan ini, saya ingin merakamkan ucapan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Sarawak yang ke-62 kepada seluruh anak Sarawak; dari Limbang ke Lundu, dari Bintulu ke Betong.

“Faktanya, Sarawak adalah jiwa dan nadi Malaysia. Sama ada di pedesaan dan pedalaman atau di kota, rakyat Sarawak hidup berukun dalam kepelbagaian yang sarat dengan nilai dan budaya.

“Lantas ia menjentik dhamir betapa Sarawak merupakan amanah besar yakni perpaduan bukan sekadar retorik tetapi cara dan gaya hidup,” ucap Perdana Menteri.

Dalam pada itu Anwar berkeyakinan bahawa Sarawak akan terus di landasan yang tepat terutamanya dalam melakar masa depan yang lebih adil, inklusif dan lestari, selain terus memimpin teguh dalam bidang tenaga boleh baharu, ekonomi hijau, dan pemerkasaan pendidikan serta teknologi.

“Walhasil, kesatuan kaum dan warisan budaya Dayak, Bidayuh, Iban, Orang Ulu, Melayu dan Cina Sarawak akan terus menjadi lambang keutuhan masyarakat Sarawak yang beragam dan pelbagai,” katanya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat