Ustaz Ebit Lew Tampil Menjawab Fitnah, Tidak Bawa Wang Orang Ramai Ke Gaza

- Advertisement -
KUALA LUMPUR – Aktivis masyarakat terkenal, Ustaz Ebit Lew (UEL) tampil menjawab pelbagai tuduhan dan fitnah ke atas  misi beliau ke Gaza baru-baru ini.

Antara UEL menjelaskan misi bantuan ke Gaza tidak menggunakan sebarang dana awam mahu pun kutipan derma dari orang ramai.

“Semua wang yang digunakan adalah dari saya dan rakan-rakan, tidak ada dana kerajaan, dana NGO lain mahu pun kutipan derma dari orang ramai.”

UEL turut menafikan beliau membayar hampir RM500,000  ringgit kepada sebuah syarikat pelancongan bernama Hala seperti yang didakwa oleh Nadir al-Nuri.

Menurut UEL, beliau tidak tahu-menahu mengenai syarikat Hala seperti yang didakwa oleh Nadir. Namun UEL menyatakan  beliau tahu mengenai syarikat yang disebut oleh Nadir, Miles of Smiles.

“Saya tahu Miles of Smiles sebelum ke Mesir lagi. Saya ada berbincang dengan mereka namun harga yang diletak oleh mereka sekitar RM40,000.”

Ebit bagaimanapun tidak menggunakan syarikat terbabit,  mereka sendiri gagal menguruskan kelulusan.

Dalam siaran langsung melalui Facebook sebentar tadi UEL turut mendedahkan beliau mendapat kelulusan Kerajaan Mesir dengan bantuan Wisma Putra dan Kedutaan Malaysia di sana.

Bagaimanapun, beliau hampir tidak dapat masuk kerana gagal mendapat bantuan tentera Mesir sehinggalah ditemukan oleh kedutaan Malaysia dengan perisikan Mesir. UEL mengakui beliau membayar RM10,000 seorang kepada sebuah syarikat yang diiktiraf oleh pihak tentera sana untuk membantu kawalan keselamatan mereka di Palestin.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat