Nana terkilan dakwaan sebar fitnah

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Penyanyi Siti Nordiana, 37, terkilan apabila namanya diheret dengan dakwaan dan perbincangan secara terbuka membabitkan beberapa teman baiknya.

Terkejut dakwaan dibuat, Siti Nordiana atau Nana mempersoalkan tindakan penyanyi Lan Solo bersama isterinya, Nur Sheila Hassim, Syura Badron, jurusolek, Aida G dan pegawai perhubungan awam syarikat rakaman FMC, Sam Samin bercakap mengenai dirinya menerusi Instagram (IG) Live, semalam.

“Saya dimaklumkan peminat mengenai sesi IG Live ini, namun tidak menontonnya kerana sudah masuk waktu tidur.

“Saya menerima terima banyak mesej bertanyakan kesahihan luahan yang dibuat, sepanjang hari ini.

“Jauh di sudut hati, saya rasa sangat terkilan. Kenapa perkara seperti ini perlu dibangkitkan dalam media sosial? Apa motif mereka mengheret nama saya dalam perbincangan mereka,” katanya kepada BH Online.

Penyanyi lagu Hatiku Milikmu dan Angkara itu berkata, mulanya, dia enggan mengambil peduli dengan dakwaan dilemparkan, namun, luahan dibuat secara terbuka. Jadi, dirinya berhak mempertahankan diri.

Nana berkongsi, perkara itu sudah dirujuk kepada pihak peguam untuk tindakan lanjut.

“Saya sentiasa menjaga adab terutama dalam media sosial. Sebolehnya, saya mengelakkan diri daripada terkena tempias negatif.

“Jika ikutkan, saya tidak mahu perkara ini diperbesarkan, apatah lagi, ia membabitkan rakan-rakan saya.

“Namun, saya perlu mempertahankan maruah apabila nama diheret dengan dakwaan secara terbuka dalam media sosial,” katanya.

Penyanyi Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular BH Ke-32 (ABPBH 32) itu berkata, dakwaan rakan-rakannya itu membabitkan soal intergriti, reputasi dan periuk nasinya.

“Peminat yang kenal rapat saya mungkin tahu keadaan sebenar, tetapi orang luar barangkali lain pula pandangan mereka.

“Disebabkan itu, saya perlu merujuk perkara ini kepada peguam. Buat masa ini, saya tidak boleh komen lanjut, tunggu keputusan peguam untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

 

Isteri Lan Solo, Nur Sheila Hassim, Syura Badron, Aida G dan Sam Samin tampil dalam perbincangan terbuka bercakap mengenai Siti Nordiana menerusi Instagram (IG) Live, semalam.
Isteri Lan Solo, Nur Sheila Hassim, Syura Badron, Aida G dan Sam Samin tampil dalam perbincangan terbuka bercakap mengenai Siti Nordiana menerusi Instagram (IG) Live, semalam.

Terdahulu, pada sesi IG Live, Nur Sheila mendakwa, Nana dan pengurusnya, Anas Osman menyebarkan cerita tidak baik mengenainya dan Lan kepada rakan di stesen televisyen (TV), selain menuduh Lan menumpang popularitinya.

Nur Sheila turut mendedahkan konflik yang pernah berlaku membabitkannya dengan penyandang trofi Artis Versatil Popular, ABPBH 33 itu dalam siaran langsung itu.

Dakwa Nur Sheila, hampir semua rakan di stesen TV bercakap perkara sama dan bertanya mengenai isu makan tidak bayar.

“Saya dan Lan ambil keputusan ‘unfollow’ Nana dan Anas. Cukuplah kami diburukkan. Kini, kami pula dikatakan memfitnahnya. Secara terbuka, saya nak bercerita semuanya, hari ini (semalam).

“Saya, Syura dan kawan-kawan lain sudah tak boleh tahan. Kami anggap Nana dan Anas seperti adik beradik. Namun, saya tidak menyangka Nana mendakwa Lan mahu menumpang populariti dan tidak membayar duit makanan sekiranya keluar bersama.

“Saya terkilan kerana makanan menjadi darah daging. Kami pernah makan di sebuah restoran. Saya hanya ada RM200 sahaja, itupun saya hulur,” dakwanya.

Katanya, dia dan Nana berkawan daripada zaman susah sejak hampir 20 tahun lalu.

“Saya hargai semua jasa Nana. Namun, saya terkedu apabila dituduh makan tidak bayar dan tunggu duit Nana sahaja. Saya terfikir bila masa kami makan tidak bayar.

“Kami hantar mesej menerusi aplikasi WhatsApp pada Nana. Jika tidak bersalah, tampil dan jawab. Memang siaran langsung ini dituju pada Nana dan Anas kerana saya tidak tahan terima macam-macam mesej,” dakwa Nur Sheila.

Syura mendakwa, dia terkilan sesetengah pihak produksi enggan memberi ‘job’ kepadanya.

Dakwanya, ia dipercayai berpunca daripada mulut sahabat baiknya itu.

Bagi Syura, dia dan Nana tidak mempunyai masalah dan sudah lama berkawan.

“Saya berharap Nana tampil berbincang mengenai isu yang berlaku dengan baik. Tetapi, Nana hanya mendiamkan diri.

“Semua perkara dilakukan bersama. Nana rasa kami mahu menumpang popularitinya. Kami tidak pernah ada niat seperti ini. Bagus juga perkara ini berlaku, jadi lebih kenal antara satu sama lain.

“Kalau betul kami bermasalah, jawab mesej. Berhenti cerita mengenai kami dengan pihak produksi.

“Kita bersemuka. Saya berdoa masalah ini diselesaikan dengan cara baik. Kami juga tiada niat mahu menghasut netizen,” dakwa Syura.

Berita Harian

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat