‘Tahniah PAS, Dari Ekstrimis Jadi Islam Liberal’

- Advertisement -

CYBERJAYA – Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar mengucapkan tahniah kepada kepimpinan ulamak PAS yang kini menurutnya sudah menjadi sebuah kumpulan liberal dalam arena politik negara ini.

Mahfuz yang juga pernah menyandang jawatan Naib Presiden PAS ketika bersama parti itu berkata, perubahan PAS daripada sebuah parti yang keras dan ekstrim dapat dilihat ketika parti itu menerima perlantikan Datuk Azhar Harun sebagai speaker Dewan Rakyat menggantikan bekas penyandangnya yang juga ahli parti Amanah, Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof.

“Satu perubahan yang mengejutkan apabila kita melihat bahawa proses penerimaan kepada pemikiran-pemikiran baru dalam masyarakat kita ini sudah boleh diterima oleh golongan yang satu ketika dulu dilihat keras dan ekstrim.

“Ini ekoran daripada perlantikan speaker baru dan juga pemecatan kepada speaker yang lama Tan Sri Ariff serta pemilihan speaker baru iaiti Datuk Azhar Harun.

“Apa yang berlaku ini menampakkan bagaimana penerimaan daripada ahli-ahli parti yang agak keras menentang pemikiran yang agak liberal.

“Ini dapat kita lihat bagaimana mereka boleh mendukung Azhar Harun yang dikenali sebagai seorang yang mempunyai pemikiran yang liberal,” katanya dalam satu rakaman video di laman Facebook miliknya.

Menurut Mahfuz juga, PAS sebelum ini menentang keras perlantikan Azhar dalam kerajaan Pakatan Harapan sebagai Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) kerana dilabel sebagai liberal.

Bagaimanapun, Mahfuz menyambut baik dengan perubahan yang berlaku dalam kepimpinan pAS ini kerana parti yang dilihat sebagai parti ekstrim itu kini sudah boleh menerima corak politik negara yang dinamik – yang tidak boleh terpisah dengan elemen-elemen liberal.

Perlantikan Azhar Harun sebagai speaker Dewan Rakyat sebelum ini menjadi topik hangat setelah mendapat bantahan keras daripada blok pembangkang.

Untuk rekod, Pakatan Harapan juga ketika menjadi kerajaan sebelum ini, melantik Azhar sebagai pengerusi SPR.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat