Hadi, Muhyiddin Dicabar Jelaskan Apa Kerangka Jadikan Malaysia Juara Dunia – Kit Siang

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Veteran DAP, Lim Kit Siang mencabar Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang dan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk menyatakan apakah bentuk kedudukan Malaysia sebagai juara dunia yang mereka mahukan untuk Malaysia dan tidak mengelak daripada menyahut cabaran ini.

Kit Siang malah mendakwa pemimpin Perikatan Nasional (PN) daripada PAS dan Bersatu tidak mempunyai apa-apa rancangan untuk menjadikan Malaysia juara dunia.

“Sekiranya ada sekalipun, mereka hanya mahu Malaysia menjadi juara dunia dalam penipuan, fitnah, berita palsu, dan ucapan kebencian.

“Presiden PAS, Hadi Awang, telah membuat pelbagai tuduhan palsu terhadap DAP dan saya, menuduh kononnya saya komunis, anti-Melayu, anti-Islam, anti-Raja, malah, kononnya mempromosikan Islamofobia, tetapi apabila dicabar untuk membuktikan tuduhan ini, dia sama ada diam seribu bahasa atau mengelakkan cabaran ini sama sekali.

“Saya cabar Hadi dan Presiden Bersatu, Muhyiddin untuk menyatakan apakah bentuk kedudukan Malaysia sebagai juara dunia yang mereka mahukan untuk Malaysia dan untuk mereka tidak mengelak daripada menyahut cabaran ini,” kata Kit Siang dalam kenyataan pada Khamis.

Jelas beliau lagi, Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri akan diadakan pada bulan Ogos yang akan datang ini.

Katanya, ia akan menentukan sama ada satu permulaan untuk Malaysia menjadi juara dunia sekali lagi atau kekal dalam hala tuju kemerosotan ke arah menjadi sebuah negara yang berpecah belah, gagal, dan teruk dalam dekad-dekad yang akan datang.

“Enam pilihan raya yang bakal berlangsung pada bulan Ogos ini lebih penting berbanding dengan PRU15 yang berlangsung pada 19 November 2022.

“PRU15 telah melahirkan Kerajaan Perpaduan Anwar, yang merupakan satu usaha untuk mengembalikan semula negara kita kepada prinsip-prinsip asal pembinaan Malaysia majmuk seperti yang diterapkan oleh tokoh-tokoh kemerdekaan negara (termasuklah tiga Perdana Menteri terawal yang juga merupakan Presiden Umno) ke dalam Perlembagaan dan Rukun Negara — prinsip raja berperlembagaan, demokrasi berparlimen, pemisahan kuasa, kedaulatan undang-undang, Islam sebagai agama rasmi dengan kebebasan untuk agama-agama lain, tadbir urus baik, integriti awam dengan rasuah yang minima, meritokrasi, hormat terhadap hak asasi manusia, dan perpaduan negara, persefahaman, dan keharmonian dari kepelbagaian masyarakat berbilang kaum, bahasa, agama, dan budaya.

“Adakah usaha membentuk Kerajaan Perpaduan Anwar untuk mengembalikan negara kita kepada prinsip-prinsip asal pembinaan sebuah Malaysia majmuk ini dapat diteruskan untuk Malaysia menjadi juara dunia dalam semakin banyak bidang yang diceburi manusia? Atau adakah Malaysia akan kekal dalam hala tuju ke arah menjadi sebuah negara yang berpecah belah, gagal, dan teruk dalam dekad-dekad yang akan datang? soal beliau.

Tambah beliau, Malaysia tidak akan menjadi sebuah negara yang berpecah belah, gagal, dan teruk dalam masa semalaman, tetapi enam pilihan raya negeri dalam bulan Ogos ini akan menentukan sama ada kita berada dalam hala tuju ke arah kegagalan ini dalam dekad-dekad yang akan datang, terutamanya menjelang ulang tahun ke-100 negara pada tahun 2057.

“Boleh Malaysia menjadi contoh dialog, persefahaman, toleransi, dan keharmonian antara etnik, agama, budaya, dan tamadun kepada dunia? soalnya lagi.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat