ECRL, penduduk orang asli sedia berpindah

- Advertisement -

PUTRAJAYA — 41 penduduk Kampung Orang Asli Batu 12, Gombak yang terbabit dengan pembinaan Projek Jajaran Rel Pantai Timur (ECRL) sedia berpindah ke penempatan baharu dilengkapi pelbagai kemudahan asas.

Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) dalam satu kenyataan berkata, pihaknya mengadakan  sesi perbincangan bertujuan memberikan penjelasan dan mendapatkan  maklum balas bersama penduduk.

“Ini melibatkan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Orang Asli (JPKKOA) Batu 12 dan Jawatankuasa Bertindak Orang Asli.

“Ia juga melibatkan Jabatan Hutan Negeri, Pejabat Daerah dan Tanah Gombak dan pemaju Malaysia Rail Link (MRL) serta lain-lain agensi di peringkat Persekutuan dan Negeri yang dilaksanakan sejak tahun 2022,” katanya.

Jelasnya Pada 30 Mei 2023 sesi penerangan berkaitan keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (MMKN) berhubung pemindahan masyarakat Orang Asli Batu 12 telah diadakan kepada 41 orang penduduk.

Sesi penerangan ini juga katanya dihadiri oleh JPKKOA Batu 12, Gombak dan Jawatankuasa Bertindak Orang Asli Gombak.

“Penempatan baharu 41 orang masyarakat Orang Asli Batu 12 Gombak di Kompartmen 1, Hutan Simpan Hulu Gombak (berada di antara Muzium Orang Asli dan Unit Logistik JAKOA) seluas 10 ekar.

“MRL hendaklah melaksanakan tindakan sewajarnya dan menanggung kos-kos yang terlibat bagi tujuan penempatan   baharu 41 orang penduduk termasuklah membina rumah, kuarters, prasarana dan kemudahan asas,” katanya.

“Membayar ganti rugi pokok yang ditebang dan premium yang dikenakan untuk lokasi penempatan baharu dan menanggung kos perpindahan dari penempatan sedia ada ke lokasi baharu,” katanya.

Tambahnya lagi pemindahan penduduk pula hanya akan dilaksanakan setelah semua syarat dan terma dipenuhi dan diselesaikan sepenuhnya.

“Hasil dari penerangan tersebut, penduduk secara lisan bersetuju dengan pemindahan ke lokasi baharu yang ditetapkan.

“Selain jarak daripada penempatan lama ke lokasi penempatan baharu adalah sejauh 400 meter, kemudahan yang ada berhampiran dengan Kampung Orang Asli (KOA) Batu 12, Gombak seperti Hospital Orang Asli Gombak dan Muzium Orang Asli dikekalkan dan tidak terjejas dengan Projek ECRL,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat