Insaf dan sedar keluhan kekurangan doktor, Dr Dzulkefly arah doktor pelatih ditempatkan di hospital daerah

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad sudah mengarahkan supaya doktor pelatih segera ditempatkan kembali ke hospital-hospital daerah yang memerlukan susulan isu kekurangan doktor.

Dr Dzulkefly berkata, beliau telah mengarahkan Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan supaya menempatkan semula doktor pelatih (HO) di hospital daerah yang memerlukan dengan kadar segera.

“Saya amat sedar dan insaf dgn keluhan para petugas saban hari dan minggu.

“Namun ditegaskan, saya telah mengarahkan Ketua Pengarah Kesihatan supaya segera menempatkan kembali HOs (doktor pelatih) ke hospital-hospital daerah yang memerlukan,” ujar beliau di Facebook.

Mengulas lanjut, Dr Dzulkefly memaklumkan langkah-langkah menambah baik jangka sederhana dan panjang juga sedang dilaksanakan.

“Dengan 147 Hospital KKM dan lebih 3000 Klinik Kesihatan di seluruh negara, pasti banyak aduan akan saya terima.

“Teruskan menghantar maklum-balas dan kritikan (hanya elakkan kata-kata yang mengundang dosa).

“Saya akan terus ambil perhatian dan bertindak, sementara meneruskan pelbagai reform saya,” ujar beliau lagi.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat