Rahman Shaari, Sasterawan Negara ke-15

- Advertisement -

PUTRAJAYA – Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin hari ini mengumumkan Penyair terkemuka, Datuk Rahman Shaari sebagai penerima anugerah sastera Negara ke-15.

Menurutnya, anugerah yang membawa gelaran Sasterawan Negara ini diberikan kepada individu yang menulis dalam bahasa Melayu dan telah memberi sumbangan yang cemerlang dan berterusan dalam perkembangan kesusateraan tanah air.

“Pemilihan tokoh ini adalah berdasarkan sumbangan tokoh melalui karya dan pemikiran, sumbangan terhadap pengembangan sastera, impak dalam penyebaran ilmu, kepimpinan dalam persatuan sastera, impak pada peringkat kebangsaan dan antarabangsa, serya penghargaan dan pengiktirafan yang telah diterima.

“Panel telah mengadakan mesyuarat penilaian untuk meneliti sumbangan serta kekuatan calon,” katanya semasa sidang media di Kementerian Pendidikan Putrajaya hari ini.

Jelasnya, antara yang akan diberikan oleh kerajaan kepada Rahman Shaari ialah seperti Warkah Penghormatan Negara, wang tunai sebanyak 60 ribu ringgit, kemudahan untuk menerbitkan karya dan banyak lagi.

Majlis Pengurniaan Anugerah Sastera Negara Ke-15 akan disempurnakan oleh Yang Di-Pertuan Agong pada suatu tarikh yang akan dimaklumkan oleh pihak Istana Negara.

Untuk rekod, Rahman Shaari dilahirkan di Kampung Gial, Perlis pada tahun 1949 dan mendapat pendidikan awal di Sekolah Umum Guar Nangka.

Pada tahun 1973 beliau menuntut du Universiti Kebangsaan Malaysia dan menjadi guru pada tahun 1977 sehingga 1979 di Perlis.

Beliau pernah menyandang jawatan Profesor di Universiti Malaya pada tahun 2003 dan kini merupakan Presiden Persatuan Penyair Malaysia (PENYAIR).

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat