Tiada Perancangan Kaji Semula Sejarah Subjek Wajib Lulus SPM – Radzi

- Advertisement -

PUTRAJAYA – Kementerian Pendidikan (KPM) tidak mempunyai sebarang perancangan untuk mengkaji semula Sejarah sebagai subjek wajib lulus dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin berkata sebaliknya kementerian itu akan melihat faktor penyumbang kepada kegagalan calon dalam subjek itu pada tahun lalu dan mencari intervensi bersesuaian bagi memastikan pelajar dapat menguasai subjek Sejarah.

“Dan pada masa akan datang, KPM akan memastikan jumlah murid yang gagal mata pelajaran ini dapat dikurangkan dari semasa ke semasa,” katanya pada sidang media selepas pengumuman Sasterawan Negara ke-15 di sini, hari ini.

Dilaporkan, seramai 45,514 atau 11.91 peratus calon SPM 2021 tidak layak mendapat sijil sama ada kerana tidak lulus mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah.

Perkara itu turut mendapat perhatian beberapa badan bukan kerajaan yang meminta KPM memperincikan langkah yang telah diatur bagi membantu calon yang tidak layak menerima sijil SPM.

Sementara itu, Radzi berkata pihaknya tidak mengeluarkan ranking sekolah terbaik bagi keputusan SPM 2021 yang diumumkan baru-baru ini.

“Boleh disemak tahun-tahun sebelum ini pun memang tidak ada senarai yang dikeluarkan KPM. Jadi kalau ranking ini dibuat oleh pihak lain, maka itu di luar bidang kuasa kami,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai satu senarai sekolah terbaik SPM 2021 yang tular di media sosial baru-baru ini, selain mengundang kecaman ahli akademik dan warganet yang mendakwa penyenaraian sekolah terbaik bukan tindakan bijak. – Bernama

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat