PN ketepikan prinsip Rukun Negara – Najib

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memberi gambaran tindakan Kerajaan Perikatan Nasional (PN) hari ini dilihat seolah-olah meminggirkan konsep Rukun Negara.

Menurut beliau pendekatan yang dipraktikkan Putrajaya dalam usaha mengendalikan pandemik Covid-19 memaparkan Rukun Negara diketepikan.

“Titah Raja-Raja diketepikan. Begitu juga Perlembagaan dan Parlimen digantung.

“Undang-undang boleh dipindah dan disalahgunakan dengan Ordinan Darurat. Dengan alasan mahu lawan Covid-19 tetapi keadaan Covid-19 menjadi 7 kali ganda lebih teruk dan melepasi 700,000 kes setelah lebih 5 bulan melawan dengan kuasa penuh Darurat,” jelas Najib.

Ahli Parlimen Pekan itu juga berkata, prinsip Kepercayaan kepada Tuhan turut tergugat bila masjid dan rumah ibadat ditutup berpanjangan akibat kegagalan membendung Covid-19 bersambung sebab kerajaan lebih pentingkan kilang dan tapak pembinaan.

“Manakala bantuan kepada rakyat semakin kurang dan lambat walaupun disuruh kurung sehingga 9 bulan dalam setahun.

“Sebab itulah kita perlu dan mesti pulihkan keadaan negara secepat mungkin.

“Raja-Raja nampak dan rakyat nampak keperluan ini. Hanya kerajaan PN sengaja buat tak nampak,” bidas Najib dalam hantaran di Facebooknya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat