TDM halang tiga PATI Myanmar, cuba ceroboh sempadan di Sungai Golok

- Advertisement -

Oleh Zihan Zari

PASIR MAS – Tiga Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) warganegara Myanmar cuba menceroboh secara haram sempadan negara melalui Sungai Golok, gagal apabila kelibat mereka berjaya dihidu oleh Tentera Darat Malaysia (TDM) pada Isnin.

Menurut kenyataan Markas Divisyen Kedua Infantri Malaysia (MK 2 Divisyen), tangkapan berlaku di sektor kawasan tanggungjawab Briged Kelapan Infantri Malaysia (KTJ 8 Bgd).

Katanya, pada jam 8.30 malam, anggota TDM yang sedang melaksanakan tugas rondaan telah mengesan dan menahan tiga PATI warganegara Myanmar dalam keadaan mencurigakan menaiki sampan menyeberangi Sungai Golok dari arah Thailand.

“Hasil pemeriksaan mendapati mereka berumur di antara 28 hingga 39 tahun itu, datang ke sini untuk mencari peluang pekerjaan namun tidak mempunyai sebarang dokumen perjalanan yang sah, ”katanya lagi.

Pihaknya telah merampas dua buah telefon bimbit dan wang dalam matawang Malaysia, Myanmar dan Nepal, kesemuanya dianggarkan bernilai RM1,062.71

Ujarnya, kesemua PATI yang ditahan beserta barang rampasan mereka telah diserahkan kepada Balai Polis Rantau Panjang untuk tindakan selanjutnya.

“Pasukan TDM akan terus mempertingkatkan rondaan dan kawalan di sempadan bagi mengekang jenayah rentas sempadan dan penyeludupan, ”tambah kenyataan itu lagi. – SUARA.TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat