Perutusan PM hanya lebarkan ketidakpercayaan rakyat kepada kerajaan – PN

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Pembangkang mendakwa realiti perutusan Perdana Menteri , Datuk Seri Anwar Ibrahim malam tadi hanya melebarkan ketidakpercayaan rakyat kepada kerajaan.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, sejarah telah membuktikan, banyak kerajaan di luar sana yang jatuh disebabkan tidak
lagi dipercayai rakyat.

Justeru tegas beliau, sebagai pembangkang, Perikatan Nasional (PN) akan terus bersuara sebagai kuasa semak dan imbang demi kepentingan rakyat dan negara tercinta.

“Perutusan Perdana Menteri malam semalam adalah satu perutusan yang meresahkan rakyat Malaysia apabila Perdana Menteri secara rasminya mengumumkan bahawa Kabinet bersetuju melaksanakan penyasaran subsidi bahan api.

“Sudah tentu, rasionalisasi subsidi bahan api ini akan memberi kesan menyeluruh kepada rakyat kerana ia melibatkan keseluruhan rantaian ekonomi ketika mana rakyat sudah pun terbeban dengan kos sara hidup yang mencanak.

“Namun, syukur kerana akhirnya Perdana Menteri dalam ucapannya malam tadi akur bahawa rakyat
sedang terhimpit, walaupun sebelum ini dia mendabik dada menjanjikan mahu menyelesaikan isu kos sara hidup rakyat dalam masa dua minggu. Sebab itu jangan kelirukan rakyat dengan angka-angka muluk yang tidak berpijak kepada bumi yang nyata,” tempelak Hamzah dalam kenyataan pada Rabu.

Tambah Setiausaha Agung Bersatu itu lagi, walaupun Perdana Menteri bangga menyebut potensi pelaburan asing berjumlah RM76.1 bilion bagi suku pertama 2024 malam tadi, realitinya Pelaburan Langsung Asing (FDI) bersih bagi suku pertama 2024 hanya RM5.5 bilion, merudum lebih 50 peratus berbanding RM12 bilion yang diraih untuk tempoh sama 2023. Angka FDI bersih ini tidak disebut malam tadi.

Kata beliau, kadar pertumbuhan 4.2 peratus bagi suku pertama 2024 juga adalah penurunan signifikan daripada kadar 5.6 peratus untuk tempoh sama 2023.

“Penurunan kadar pertumbuhan suku pertama 2024 KDNK Malaysia ini bertentangan dengan trend kenaikan KDNK bagi negara jiran dan negara dagangan utama Malaysia.

“Amerika Syarikat misalnya naik dari 1.7 peratus kepada 3.0 peratus; China naik dari 4.5 peratus kepada 5.3 peratus; Singapura naik dari 0.5 peratus kepada 2.7 peratus dan Indonesia juga naik dari 5.0 peratus kepada 5.1 peratus. Jika negara dagangan utama kita naik, mengapa Malaysia turun? Soal Ahli Parlimen Larut itu.

Menurut Hamzah, jumlah hutang dan liabiliti kerajaan juga telah naik melebihi RM167 bilion dari RM1.399 trilion pada akhir tahun 2022 ke RM1.567 trilion pada suku pertama 2024.

“Begitu juga jumlah hutang langsung kerajaan yang sudah berjumlah RM36.7 bilion bagi suku pertama 2024. Ini adalah bertentangan dengan janji-janji Perdana Menteri bahawa kerajaan tidak akan naikkan lagi hutang.

“Sebab itu saya agak pelik apabila Perdana Menteri dengan bangga menyebut ekonomi suku pertama
2024 sebagai memberangsangkan kerana angka ini memperlihatkan sebaliknya.

“Lebih-lebih lagi perutusan malam tadi juga menggambarkan usaha untuk membasmi kemiskinan tegar ini seolah-olah baru bermula, berbeza sama sekali dengan janji dalam Belanjawan 2023 lalu untuk menoktahkan kemiskinan menjelang tahun 2024.

“Hakikatnya perutusan ini bukan sahaja tidak melegakan rakyat yang sedang dihimpit kesan kenaikan kos sara hidup tetapi ia juga mengelirukan serta membangkitkan perasaan marah rakyat apabila berterusan dihidangkan dengan retorik bagi menjustifikasikan kegagalan Perdana Menteri mengotakan janji sebelum berkuasa,” bidas Hamzah dalam kenyataan itu lagi.

Katanya, persoalan gajah dalam bilik (elephant in the room) yang tidak dijelaskan adalah bila tarikh
rasionalisasi subsidi minyak akan dikuatkuasakan dan bagaimanakah mekanisme kerajaan menyalurkan bantuan daripada rakyat? Rakyat mahu tahu, bila sebenarnya harga minyak akan naik?

“Macam mana mereka mahu mohon bantuan? Ianya tidak diperincikan. Setelah berbulan-bulan
kerajaan ini masih mengamalkan prinsip ‘umum dahulu, kemudian fikir’.

“Apakah apabila Menteri Ekonomi mengumumkan tiada lagi geran untuk usahawan bumiputera ini bermaksud mereka ini juga ditakrif sebagai golongan ‘maha kaya’ yang diwiridkan Perdana Menteri hingga tidak lagi layak mendapat geran? Ulas beliau.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat