PCS jamin akan perkukuh GRS di Sabah – Anifah Aman

- Advertisement -

KOTA KINABALU — Presiden Parti Cinta Sabah (PCS), Tan Sri Anifah Aman memberi jaminan bahawa PCS akan bekerja keras untuk memastikan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) terus mengukuhkan kedudukannya sebagai blok kuasa politik di Sabah.

Menurutnya PCS juga berkongsi teras yang sama dengan GRS iaitu “Sabah First” dan meletakkan kepentingan Sabah sebagai keutamaan negeri itu.

“Bak kata pepatah, keluarga yang makan bersama, sentiasa tetap bersama.

“Di atas meja bersama ini, PCS berkongsi visi dan misi yang sama dengan GRS demi Sabah dan rakyat negeri ini.

“Lagipun, PCS adalah parti tempatan Sabah dan oleh yang demikian, kami melihat rumah kami di GRS yang merupakan entiti politik tempatan yang telah lama dibayangkan oleh penduduk Sabah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya sebagai sebuah parti politik tempatan, PCS juga sentiasa memperjuangkan hak dan kepentingan yang terbaik untuk rayat negeri Sabah.

“PCS juga berkongsi komitmen GRS untuk mengukuhkan usaha Sabah untuk mengangkat agenda tempatan di peringkat nasional, wilayah dan antarabangsa.

“Adalah menjadi tanggungjawab parti yang lebih besar untuk meletakkan perjuangan untuk kepentingan negeri sebagai keutamaan nombor satu kita,” katanya.

Dalam kenyataan yang sama beliau turut memetik ungkapan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor yang menggambarkan PCS dan GRS sebagai ‘rumah’.

“Saya teringat kata-kata Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor ‘rumah kita, kitalah yang jaga’ dan bagi kebanyakan orang Sabah, kata-katanya itu membuatkan kita bangga kerana ia meluahkan suara hati kita.

“Bagi PCS, penerimaan parti kami ke dalam keluarga GRS membuatkan kami berasa seperti pulang ke rumah dan kami akan menjaga rumah ini kerana ini adalah rumah kita semua.

“Saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Pengerusi GRS merangkap Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Hj Hajiji Hj Noor dan semua pemimpin gabungan kerana menerima PCS ke dalam keluarga GRS,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat