KKM Ada 20 Ribu Unit Tangki Oksigen Mudah Alih

- Advertisement -

CYBERJAYA – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menolak kebimbangan umum mengenai kekurangan fasiliti gas perubatan oksigen akibat peningkatan mendadak kes Covid-19.

Menurut Menterinya, Datuk Seri Dr Adham Baba, kementerian masih mempunyai 20,000 unit tangki oksigen mudah alih (portable cylinder) dalam simpanan dan boleh digunakan pada bila-bila masa apabila diperlukan.

“Sistem gas perubatan oksigen di fasiliti kesihatan menggunakan tangki VIE (vacuum insulated evaporator) dan juga portable cylinder bagi pembekalan cecair oksigen untuk tangki VIE adalah mencukupi dan pihak pembekal mempunyai kemampuan untuk menghasilkan bekalan cecair oksigen lima(5) kali ganda daripada permintaan sedia ada.”

Malahan dalam sesi libat urus bersama pembekal, Kementerian diberi jaminan pembekalan sebanyak
500,000 unit portable cylinder gas industri yang boleh diubahsuai dalam tempoh yang singkat mengikut piawaian untuk kegunaan gas perubatan oksigen dapat dilakansakan jika ada keperluan mendesak.

Dr Adham turut menambah bahawa “pengurusan sistem gas perubatan oksigen di Malaysia amnya dan di fasiliti kesihatan khususnya adalah mematuhi Malaysian Standard (MS2675:2017 dan MS2542:2013) dan piawaian antarabangsa yang berkaitan, serta dikendalikan oleh kakitangan yang kompeten.

“Di samping itu juga, pembekalan gas perubatan oksigen ke fasiliti-fasiliti kesihatan adalah secara
berkala mengikut jadual yang telah ditetapkan.”

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat