Ebby Yus lega, paru-paru tak perlu tebuk

- Advertisement -

Port Dickson: Bukan menyepi namun pelakon dan pelawak terkenal, Ebby Yus kini aktif dalam program Radio NegeriFM selain hanya menerima tawaran berlakon tanpa memerlukan tempoh penggambaran terlalu lama.

Menurut Ebby Yus atau nama sebenarnya, Muhammad Yunus Abdul Rashid, 57, dia perlu berhati-hati menerima tawaran berlakon kerana perlu mengutamakan kesihatannya yang sebelum ini diuji dengan masalah paru-paru.

“Alhamdulillah, doktor sudah buat pemeriksaan dan keadaan paru-paru saya sekarang tidak memerlukan rawatan hingga perlu ditebuk. Namun begitu, saya perlu menjalani rawatan susulan di hospital.

“Saya amat berterima kasih kepada banyak pihak terutama peminat kerana masih mengingati dan mendoakan kesihatan saya.

“Terima kasih buat semua yang mendoakan dan percayalah, doa kepada saya berbalik kepada kalian semua. Doa yang baik-baik,” katanya ketika ditemui pada Majlis Berbuka Puasa bersama 100 anak-anak yatim di TapaqKing di sini, semalam.

Beliau paling diingati dengan peranan beliau dalam siri sitkom televisyen ‘Simpang Tiga’.

Terdahulu, Ebby mengalami kerugian lebih RM200,000 apabila rumah baharu yang dibinanya di Kampung Paya Lebar, Hulu Langat, Selangor sejak empat tahun lalu musnah sepenuhnya dalam kejadian banjir pada 18 Disember lalu.

Kediaman dua tingkat yang dibina Ebby di atas tanah dibeli secara kongsi bersama abangnya itu dibangunkan berperingkat mengikut modal yang dikumpul hasil kerjaya seninya.

“Buat masa sekarang, kediaman itu sedang dibina kembali atas bantuan kerajaan namun masih belum siap sepenuhnya susulan masalah jambatan yang runtuh ketika dilanda banjir dahulu. “Hari raya nanti, saya akan beraya di kampung di Batu Kikir bersama kakak saya yang tinggal di kampung sebelum kembali ke Kuala Lumpur untuk terus bekerja,” katanya.

Ebby Yus berkata, pengambaran Sitcom JKK akan bermula bulan Mei ini sebanyak 13 episod.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat