Perdana Menteri lancar buku ‘Keluarga Malaysia, Keluarga Sejahtera’

- Advertisement -

PUTRAJAYA – Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah melancarkan buku ‘Keluarga Malaysia, Keluarga Sejahtera yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya hari ini.

Dalam majlis pelancaran itu beliau berkata, setiap Kementerian dan agensi perlu menzahirkan prinsip pemeliharaan maslahah dalam setiap dasar yang digubal.

Menurutnya, prinsip ini menekankan perkara-perkara universal, sesuai untuk seluruh ahli Keluarga Malaysia yang mendambakan kesejahteraan dan keharmonian antara kaum dan penganut pelbagai agama.

“Saya mendapati memelihara kemaslahatan merupakan  manifestasi kesejahteraan. Ini kerana kemaslahatan itu sendiri merupakan inti pati dalam objektif pensyariatan Islam yang sentiasa disebutkan sebagai pendekatan Maqasid Syariah.

“Ia tidak mengehadkan amalan dan kepercayaan agama lain, tetapi ia menuntut nilai kebersamaan dalam memelihara hubungan sesama kita,” katanya.

Ismail Sabri turut mengucapkan penghargaan dan tahniah kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) melalui Jabatan Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) kerana menghasilkan Buku Keluarga Malaysia, Keluarga Sejahtera.

Mengulas lanjut, beliau berkata buku tersebut menekankan aspek tadbir urus hoistik dan mampan berasaskan syariat Islam dalam meelihara hubungan Keluarga Malaysia.

“Ia juga memandu pembuat dasar untuk memperkukuh kesejahteraan Keluarga Malaysia melalui penyampaian perkhidmatan yang diberikan.

“Justeru, wajar sekali JAKIM dijadikan pusat rujukan oleh semua Kementerian dan Agensi untuk melaksanakan tadbir urus berasaskan Maqasid Syariah,” katanya.

Namun jelasnya, apa yang diharapkan ialah pendekatan Maqasid Syariah diterjemahkan dalam bentuk pelaksanaan dan dijadikan panduan atau kerangka dalam membangunkan dasar-dasar baharu sambil memperkasa yang sedia ada.

“Sekiranya dasar-dasar tersebut dilaksanakan dengan sebaiknya, dan kefahaman yang jelas diberikan kepada penjawat awam pada semua peringkat, saya optimis, kesejahteraan yang diimpikan mampu dijiwai oleh seluruh anggota ahli Keluarga Malaysia.

“Saya juga menggalakkan pelaksanaannya di peringkat negeri oleh Majlis Agama Islam Negeri-negeri (MAIN) dan Jabatan Agama Islam Negeri-negeri (JAIN),” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,604FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat