‘Alhamdulillah’ – Radhi OAG

- Advertisement -

Petaling Jaya: “Insya-Allah, semoga Allah pelihara keselamatan saya. Amin,” kata penyanyi kumpulan OAG, Radhi yang mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret, di sini, atas pertuduhan mencederakan bekas isterinya, Selasa lalu.

Radhi atau nama sebenarnya Muhammad Radhi Razali, 45, berkata, dia menyerahkan kes yang berlaku kepada pihak berkuasa.

“Alhamdulillah. Saya serahkan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan tugas,” katanya ringkas.

Sementara itu, peguam yang mewakili Radhi, Haziq Aizuddin Datuk Subhi berkata, sesi hari ini adalah satu pengurusan kes dakwaan dan mahkamah membenarkan penyanyi itu diikat jamin.

“Serahan dokumen masih belum diterima dan kita akan tunggu pada 13 Julai ini. Setakat ini kami tidak boleh beri komen lanjut,”katanya.

Radhi membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Muhammad Iskandar Zainol.

Kelmarin, penyanyi itu ditahan polis selepas dipercayai mencederakan bekas isterinya, Ayu atau Nur Shahira Ayu Zahiri, 27, dalam kejadian di kawasan rumah lelaki itu di Kota Damansara, di sini.

Kejadian dipercayai berlaku ketika mangsa mahu mengambil anak lelakinya daripada suspek di kawasan parkir rumah pada jam 2.29 petang.

Bagaimanapun, berlaku perselisihan faham kerana mangsa dikatakan enggan bergambar dengan suspek sehingga dia didakwa marah hingga menyebabkannya wanita itu mengalami lebam serta anggota badan sakit.

Radhi dan Ayu disahkan bercerai oleh Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari pada 16 Julai 2019 selepas penyanyi itu melafazkan talak kira-kira 4.20 pagi, 25 Mac 2019.

Pasangan itu yang mendirikan rumah tangga pada 14 April 2014 dikurniakan dua anak, Muhammad dan Nur Aisyah masing-masing berusia enam dan tujuh tahun.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat