Vietnam Berminat Tingkatkan Kerjasama Industri Halal Dengan Malaysia – PM

- Advertisement -

VIETNAM: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Vietnam telah menyatakan minat untuk meningkatkan kerjasama dengan Malaysia dalam membangunkan industri Halal mereka.

Menurutnya, Malaysia sedia menawarkan kepakaran dan khidmat nasihat kepada Vietnam, termasuk syarikat-syarikat Vietnam yang berminat.

Dalam hal ini, Menteri Kanan dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, YB Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali akan memastikan Halal Development Corporation (HDC) Malaysia mengambil tindakan susulan yang sewajarnya, jelas Ismail Sabri lagi.

“Kerjasama ini telah bermula,

“Saya secara spesifik membangkitkan potensi kerjasama Halal dengan Vietnam dalam peluang membekalkan makanan Halal semasa Sukan SEA 2021 yang akan dihoskan oleh Vietnam pada bulan Mei ini.

“Saya juga menyatakan kesediaan Malaysia menawarkan produk-produk perbankan Islam untuk mempromosikan dan mengembangkan ekosistem industri Halal di Vietnam.” Kata Ismail Sabri pada Sidang Media sempena lawatan rasminya ke Vietnam.

Turut sama Menteri Luar Datuk Seri Saifuddin Abdullah dan Menteri Perdagagan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Azmin Ali.

Dalam pada itu, kata Ismail Sabri, pelaburan Malaysia di Vietnam bernilai USD13 bilion dan Malaysia merupakan pelabur asing ke-9 terbesar di peringkat global dan ke-2 di peringkat ASEAN.

Untuk itu, beliau telah menjemput menjemput pelabur-pelabur Vietnam untuk meningkatkan pelaburan di Malaysia

“Saya juga telah mengambil peluang menjemput pelabur-pelabur Vietnam untuk meningkatkan pelaburan di Malaysia. Antara bidang yang boleh diterokai termasuk pendigitalan, smart manufacturing, dan keselamatan siber.

“Malaysia telah pun mengadakan kolaborasi strategik di antara Institut Automotif, Robotik & IoT Malaysia (Malaysia Automotive, Robotics and Internet of Things Institute – MARii) dan FPT Software Vietnam untuk membangunkan Centre of Excellence for Future Industry (CoEFI) bernilai hampir RM100 juta dalam bidang automotif, Connected Mobility, Robotik, Internet of Things (IoT) dan pendigitalan.

“Saya juga menyambut baik dan berterima kasih kepada FPT Software yang amat komited untuk melatih 1,000 tenaga kerja Malaysia dalam pembangunan dan kejuruteraan perisian bermula tahun ini di Kuala Lumpur dan Sabah.” ujar beliau. – SuaraTV

 

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat