Bekas Presiden Johor Corporation Didakwa Pecah Amanah

- Advertisement -

JOHOR BAHRU: Bekas Presiden dan Ketua Eksekutif Johor Corporation (JCorp), Datuk Kamaruzzaman Abu Kassim didakwa atas tuduhan memperdayakan Ahli Lembaga Pengarah (ALP) JCorp melibatkan pelaburan RM9.46 juta di dua syarikat, tiga tahun lalu.

Beliau yang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Wan Mohd Norisham Wan Yaakob.

Kamaruzzaman bersara dari Jcorp berkuat kuasa 31 Disember 2019 selepas berkhidmat dengan perbadanan itu hampir tiga dekad dengan pelbagai peranan dalam bidang kewangan.

Beliau antara lain menjawat jawatan Ketua Pegawai Operasi pada 2006 yang melapor kepada Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) ketika itu, Tan Sri Muhammad Ali Hashim sebelum mengambil tanggungjawab CEO pada Disember 2010.

Ketika mengumumkan persaraan beliau pada 12 Disember 2019, Jcorp memaklumkan, sepanjang 27 tahun berkhidmat termasuk sembilan tahun menerajui perbadanan itu, Kamaruzzaman telah mengubah JCorp sebagai konglomerat terbesar milik kerajaan Johor kepada badan pelaburan kerajaan negeri paling dinamik dalam negara.

-BERITA HARIAN

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat