KUALA LUMPUR – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno mempersoalkan kewajaran mengapa hanya dua orang Adun saja didakwa terkait skandal rasuah lesen cari gali di Sabah.
Sedangkan kata Puad, Adun Tanjung Batu Andi Suryady dan Adun Sindumin Dr Yusof Yaacob dipercayai tidak ada kuasa untuk meluluskan lesen cari gali.
“Macam tidak ada ummmph apabila YB Andi Suryady (Tanjung Batu) dan YB Dr Yusof Yaacob (Sindumin) saja yang didakwa kerana rasuah lesen cari gali di Sabah.
“Apakah mereka berdua itu ada kuasa untuk meluluskan lesen cari gali? Isu pendakwaan terhadap mereka jadi anti klimaks.
“Kedua-dua mereka dikaitkan dengan Umno. Keahlian Andi sebagai ahli Umno telah digantung. Dr Yusof yang keluar Warisan memohon untuk jadi ahli Umno,” katanya pada Selasa.
Puad turut mendakwa, Andi dan Dr Yusof diramal tidak akan dicalonkan semula atas tiket Umno di PRN Sabah.
“Semoga itu bukan sebab mereka terpilih untuk didakwa untuk pastikan ada yang didakwa.
“Pendakwaan terhadap mereka tidak memberi naratif yang bagus kepada kerajaan.
“Kerajaan pula jadi defensif. Kenapa dua orang sahaja didakwa? soal beliau.