Jika kes boleh dicari, tidak mustahil kes juga boleh dipadam – Wan Saiful

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Tasek Gelugor Datuk Wan Saiful Wan Jan mendakwa beliau pernah dipujuk untuk lompat parti tahun lepas sekali gus seolah-olah membenarkan peringatan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno Datuk Puad Zarkashi kepada bekas Menteri Ekonomi Datuk Seri Rafizi Ramli agar tidak berlebihan mengkritik kerana bimbang bakal berakhir dalam penjara.

“Sudah dua hari Puad Zarkashi ugut Rafizi Ramli bahawa “jangan bakar lebih lebih. Kes boleh dicari”.

“Saya anggap kenyataan Puad ini memperkukuh persepsi bahawa kerajaan hari ini bermaharajalela memperkudakan agensi penguatkuasa untuk tujuan politik.

“Kalau kes boleh dicari, maksudnya boleh ada yang akan diarahkan untuk mencari. Siapa yang boleh bagi arahan? Siapa yang boleh laksana arahan?

“Jika kes boleh dicari, maka tidak mustahil kes juga boleh dipadam. Itulah tawaran yang diberi kepada saya semasa saya dipujuk untuk lompat parti tahun lepas,” dakwa pimpinan Bersatu itu dalam kenyataannya di Facebook pada Rabu.

Ujar Wan Saiful lagi, Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen mendapati beliau tidak menipu Parlimen semasa membuat pendedahan itu.

“Satu demi satu kerosakan kepada institusi yang dilakukan oleh kerajaan PH-BN dibongkar,” kata beliau.

Baru-baru ini Puad memberi peringatan kepada Rafizi agar tidak berlebihan mengkritik kerana bimbang bakal berakhir dalam penjara.

Puad yang juga Speaker DUN Johor itu memberitahu Rafizi bahawa kes boleh dicari dan pada akhirnya menjerat bekas Timbalan Presiden PKR itu sekiranya tidak berwaspada.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat