Jalil Rasheed Letak Jawatan CEO Berjaya Corporation

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Kumpulan Berjaya Corporation Berhad (BCorp) milik taikun Tan Sri Vincent Tan Chee Yioun hari ini, mengesahkan perletakan jawatan Abdul Jalil Abdul Rasheed sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan.

Serentak dengan itu, BCorp mengumumkan pelantikan Vivienne Cheng Chi Fan dan Syed Ali Shahul Hameed sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan bersama syarikat, berkuat kuasa 1 April 2022.

Menurut BCorp, Jalil akan melepaskan jawatannya sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan BCorp serta semua jawatan lain dalam pelbagai lembaga syarikat yang berkaitan dengan BCorp berkuat kuasa 31 Mac 2022.

Pengasas dan Pengerusi BCorp, Tan mengucapkan terima kasih kepada Jalil atas khidmatnya dan mendoakan semoga berjaya dalam usaha baharunya.

Tan juga teruja dengan pelantikan baharu dan berkata, “Vivienne Cheng dan Syed Ali adalah veteran Berjaya dan bawa bersama mereka pengalaman luas yang tidak ternilai kepada Kumpulan BCorp.”

Menurut kenyataan BCorp, Syed Ali telah juga telah dilantik sebagai Pengarah Eksekutif BCorp.

”Kedua-dua mereka adalah veteran Kumpulan di mana Vivienne Cheng menyertai Berjaya pada 1989 (33 tahun) dan Syed Ali menyertai Berjaya pada 1997 (25 tahun).

”Vivienne Cheng telah menjadi Eksekutif Pengarah BCorp sejak 2005 dengan pengalaman korporat yang luas dalam bidang kewangan terutamanya pembiayaan projek, pembiayaan modal, penstrukturan semula hutang, tawaran awam permulaan, pengurusan risiko dan pengurusan tunai perbendaharaan kumpulan.

”Syed Ali adalah CEO Berjaya Land (BLand) yang terkini iaitu anak syarikat tersenarai BCorp dan akan melepaskan jawatan itu.

”Selama 25 tahun bersama Kumpulan, beliau telah bertanggungjawab untuk pembangunan beberapa tempatan utama dan projek antarabangsa termasuk Inter-Continental dan Sheraton Hotels di Hanoi serta projek Four Seasons dan Ritz-Carlton masing-masing di Kyoto dan Kuala Lumpur,” kata kenyataan itu.

Pada masa yang sama, BLand turut mengumumkan pelantikan Datuk Abdul Rahim Mohd Zin sebagai Ketua Pegawai Eksekutif BLand berkuat kuasa 1 April 2022.

Beliau adalah Akauntan Bertauliah dan Ahli Institut Akauntan Malaysia yang mempunyai 35 tahun pengalaman dalam pelbagai bidang khususnya dalam perbankan, kewangan, minyak dan gas, perkapalan dan makanan dan minuman.

Beliau adalah kini Ketua Pegawai Eksekutif Landasan Lumayan Berjaya Sdn. Bhd. dan Pengarah Eksekutif Berjaya Group Berhad, anak syarikat BCorp.
Selain itu, BLand juga mengumumkan perubahan kepada Lembaga Pengarahnya berkuat kuasa 1 April 2022.

Syed Ali dilantik semula sebagai Timbalan Pengerusi manakala Tan Tee Ming dilantik sebagai Pengarah Eksekutif. Oleh itu, Nerine Tan Sheik Ping akan mengundurkan diri daripada jawatannya sebagai Pengarah Eksekutif BLand.

Tan Tee Ming adalah Pengurus Besar Kanan Jualan dan Hartanah yang terbaharu dan dengan pengalaman lebih 20 tahun, beliau telah memegang pelbagai jawatan di beberapa bank swasta utama di Malaysia dan Singapura termasuk Citi Private Bank dan CIMB Bank.

-Dagang News

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat