Tunku Azizah Terseliuh Kaki Kiri Ketika Bermain Golf

KUALA LUMPUR – Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah hari ini mengalami kecederaan pada bahagian kaki sehingga bengkak ketika bermain golf.

Tunku Azizah, yang berkongsi perihal insiden itu di laman Instagram, memaklumkan baginda akan menjalani pemeriksaan Pengimejan Resonans Magnetik (MRI) pada Selasa.

“Pagi tadi saya main golf, tidak perasan lubang sprinkler (pemercik air) dan saya jatuh, terseliuh kaki kiri. Alhamdulillah hanya bengkak. Syukur ankle (pergelangan kaki) tidak patah, hanya sakit biasa,” titah Tunku Azizah di laman Instagram baginda.

Seri Paduka turut memuat naik gambar kaki kiri baginda yang berbalut selepas menerima rawatan dan ia telah mendapat 57,281 tanda suka setakat 10.30 malam ini.

Tunku Azizah turut merakamkan ucapan terima kasih kepada semua yang mendoakan kesejahteraan dan kesihatan baginda.

– BERNAMA

Topik Hangat

50 Buffet Ramadhan 2021 Kuala Lumpur Selangor

Bulan puasa kini menjengah, namun sudahkah anda jumpa destinasi buffet untuk sesi iftar nanti? Atau anda masih tercari-cari destinasi buffet yang mana yang patut anda...

UMNO 3.0 Sedia Singkir Zahid, Najib Termasuk Mat Hasan Ogos Ini : Laporan

KUALA LUMPUR - Spekulasi tersebar luas berkait rancangan yang sedang berjalan untuk menyingkirkan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan pendahulunya Datuk...

Saya Tak Tahu Suami dan Anak Zeti Terima Wang 1MDB – Mahathir

PETALING JAYA - Bekas perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad berkata, beliau tidak mengetahui berhubung dakwaan bahawa suami dan dua anak bekas gabenor Bank Negara,...

Berita Berkaitan

Dua Pelajar MyPAC Antara 10 Calon Teratas Peperiksaan ACCA

KUALA LUMPUR - Dua pelajar Pusat Perakaunan Profesional Malaysia (MyPAC) berjaya menempatkan diri dalam kalangan 10 teratas pada peperiksaan Persatuan Akauntan Bertauliah Berkanun (ACCA)...

Dua Mukim Di Mersing Dikenakan PKP Bermula Esok – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR - Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan dilaksanakan di Mukim Endau dan Mukim Triang di Mersing, Johor bermula esok hingga 3 Mei. Menteri Kanan...

Gagal Patuh SOP, Bazar Ramadan Di Balok Diarah Tutup Sementara

KUANTAN - Bazar Ramadan Balok, di sini menjadi bazar pertama di daerah ini yang diarah tutup kerana gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang...