Pencarum Tanpa lesen Memandu Terlibat Kemalangan Layak Mohon Faedah Perkeso

KUALA LUMPUR – Setiap pencarum Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) yang mengalami kemalangan semasa bekerja atau kemalangan berkaitan termasuk berpunca daripada pekerjaan, layak menuntut faedah di bawah Skim Bencana pekerjaan berdasarkan Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan 1969 dan Peraturan-Peraturan (Am) Keselamatan Sosial 1971.

Perkeso dalam kenyataan hari ini menjelaskan dakwaan seorang pakar keselamatan jalan raya bahawa individu yang tidak mempunyai lesen memandu tidak layak menuntut sebarang faedah daripada Perkeso jika terlibat dalam kemalangan jalan raya, adalah tidak tepat dan mengelirukan orang ramai.

“Perkeso menegaskan bahawa pihaknya tidak menetapkan keperluan lesen memandu sebagai satu syarat ataupun syarat tambahan untuk semua tuntutan faedah di bawah skim-skim Perkeso.

“Kesalahan tidak mempunyai lesen sewaktu memandu di jalan raya adalah perkara perlu diselesaikan antara individu terbabit dengan pihak berkuasa berkaitan…dakwaan pakar berkenaan yang disiarkan di sebuah portal berita semalam adalah salah sama sekali,” katanya.

Menurut kenyatan itu, antara dokumentasi mandatori yang perlu dikemukakan untuk tuntutan kemalangan di bawah Skim Bencana Pekerjaan adalah Borang 34, laporan polis, sijil cuti sakit dan peta lakar kemalangan.

“Bagi setiap permohonan yang diterima, Perkeso akan menjalankan siasatan dan membuat pengesahan sebelum kelulusan diberi dan pembayaran dibuat,” katanya sambil meminta akhbar berkenaan membetulkan kenyataan tersebut dengan segera.

Ia bagi mengelakkan kekeliruan umum yang boleh menimbulkan tanggapan negatif terhadap skim perlindungan sosial dan bantuan-bantuan yang disediakan Perkeso kepada para pencarum dan golongan sasar, menurut kenyataan itu.

Maklumat lanjut berkenaan syarat-syarat kelayakan dan skim bantuan Perkeso, orang ramai boleh merujuk laman web www.perkeso.gov.my atau menghubungi Pegawai Perkhidmatan Pelanggan Perkeso di talian 1-300-22-8000 atau e-mel [email protected]

– BERNAMA

Topik Hangat

50 Buffet Ramadhan 2021 Kuala Lumpur Selangor

Bulan puasa kini menjengah, namun sudahkah anda jumpa destinasi buffet untuk sesi iftar nanti? Atau anda masih tercari-cari destinasi buffet yang mana yang patut anda...

UMNO 3.0 Sedia Singkir Zahid, Najib Termasuk Mat Hasan Ogos Ini : Laporan

KUALA LUMPUR - Spekulasi tersebar luas berkait rancangan yang sedang berjalan untuk menyingkirkan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan pendahulunya Datuk...

Saya Tak Tahu Suami dan Anak Zeti Terima Wang 1MDB – Mahathir

PETALING JAYA - Bekas perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad berkata, beliau tidak mengetahui berhubung dakwaan bahawa suami dan dua anak bekas gabenor Bank Negara,...

Berita Berkaitan

Dua Pelajar MyPAC Antara 10 Calon Teratas Peperiksaan ACCA

KUALA LUMPUR - Dua pelajar Pusat Perakaunan Profesional Malaysia (MyPAC) berjaya menempatkan diri dalam kalangan 10 teratas pada peperiksaan Persatuan Akauntan Bertauliah Berkanun (ACCA)...

Dua Mukim Di Mersing Dikenakan PKP Bermula Esok – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR - Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan dilaksanakan di Mukim Endau dan Mukim Triang di Mersing, Johor bermula esok hingga 3 Mei. Menteri Kanan...

Gagal Patuh SOP, Bazar Ramadan Di Balok Diarah Tutup Sementara

KUANTAN - Bazar Ramadan Balok, di sini menjadi bazar pertama di daerah ini yang diarah tutup kerana gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang...