Faizal hadiah 5 kerusi untuk PN, pengganti balas kritikan PAS

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Ketua Perikatan Nasional (PN) Negeri Sembilan yang baharu, Mohamad Hanifah Abu Baker menegaskan, kejayaan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menghadiahkan lima kerusi pada PRN lalu harus diiktiraf di sebalik kritikan daripada rakannya, PAS.

ADUN Labu itu yang menggantikan Faizal atau Peja sebagai ketua PN Negeri Sembilan berkuat kuasa 12 Februari menyifatkan kritikan berkenaan bukan mewakili parti sebaliknya peribadi.

“Ulasan bekas Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan itu lebih kepada pandangan peribadi beliau.

“Kehadiran Peja (Faizal) sebenarnya membantu PN di Negeri Sembilan, tiada kekurangan semua dirancang dalam kempen PRN lalu berjalan baik yang dipersetujui pimpinan pusat.

“Beliau bantu kita menang lima DUN di Negeri Sembilan, saya akan menambah baik segala kekurangan untuk menarik sokongan rakyat kepada PN,” lapor FMT pada Khamis.

Hanifah berkata demikian merujuk kenyataan bekas Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Rafiei Mustapha pada November lalu mendesak Timbalan Presiden Bersatu itu meletak jawatan ketua PN negeri kerana seolah-olah tidak lagi berminat.

Faizal dilantik ketua Negeri Sembilan pada Jun tahun lalu, dua bulan menjelang PRN yang menyaksikan komponen itu gagal menewaskan gabungan Barisan Nasional (BN) serta Pakatan Harapan (PH) apabila hanya menang lima kerusi iaitu Labu, Serting, Bagan Pinang, Paroi dan Gemas.

Menurutnya, kekurangan perlu diperbaiki termasuk memastikan ahlinya sentiasa mendekati rakyat menjelang pilihan raya, walaupun menafikan dakwaan PN meletakkan ramai calon bidan terjun menyebabkannya kalah pada PRN.

Hanifah berkata dalam menjalankan tugas baharu itu beliau akan mendapat nasihat pemimpin veteran PAS, Bersatu dan Gerakan termasuk bekas Menteri Besar, Tan Sri Rais Yatim dalam usaha menawan Negeri Sembilan pada PRU akan datang.

“Kita sentiasa berhubung dengan pimpinan lama kerana mereka mempunyai pengalaman luas dalam politik.

“Tak semua kita putuskan itu baik kadang-kala ada kelemahan. Jadi kita boleh dapatkan nasihat mereka seperti Rais dan Eddin Syazlee Shith,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat