Mampu laksana semua tugasan

- Advertisement -

Trend pengguna hari ini gemar terhadap pemilihan peranti yang berkuasa namun menawarkan ciri mobiliti serta mudah dibawa ke mana saja tanpa membebankan.

Itu sudah menjadi satu kemestian sesuai dengan kehidupan pada hari ini terutamanya bagi pengguna yang sering bergerak.

Jika anda seorang yang mementingkan peranti mobiliti, berkuasa dan mudah dibawa ke saja seperti yang dinyatakan sebelum ini, pastinya iPad Generasi Kesembilan adalah jawapannya.

APPLE menerusi iPad Generasi Kesembilan menawarkan keupayaan maksimum untuk semua jenis tugasan.
APPLE menerusi iPad Generasi Kesembilan menawarkan keupayaan maksimum untuk semua jenis tugasan.

Menerusi cip pemproses Apple A13 Bionic berkenaan, peranti berkenaan bukan saja cemerlang untuk tugasan biasa malah penugasan bersifat kompleks juga mampu dilakukan.

Buktinya, penulis sendiri melakukan penugasan kompleks dengan melaksanakan sintesis video menggunakan aplikasi Lumafusion.

Untuk memberi tekanan yang lebih tinggi kepada keupayaan peranti, penulis melakukan empat lapisan video yang setiap satunya mempunyai resolusi 4K.

Pada masa sama, penulis juga menambah beberapa elemen kesan grafik untuk setiap satu lapisan video berkenaan dan sintesis video dilaksanakan untuk resolusi 4K.

Tidak semua peranti bersaiz tablet ini mampu untuk melaksanakan tugasan kompleks seperti sintesis video kerana ia memerlukan keupayaan spesifikasi yang tinggi.

Hasilnya, video berkenaan hanya mengambil masa sekitar 10 minit untuk tugasan selesai dan penulis turut membuat perbandingan dengan tempoh waktu sintesis dengan iPad Pro yang mengambil masa sekitar 4 minit saja.

Peranti iPad Generasi Kesembilan ini bukan saja mampu untuk melaksanakan tugasan kompleks malah melakukan dengan cemerlang tanpa sebarang masalah.

 

KEUPAYAAN peranti ini dikuasakan dengan cip pemproses Apple A13 Bionic.
KEUPAYAAN peranti ini dikuasakan dengan cip pemproses Apple A13 Bionic.

 

Penulis juga melakukan pelbagai tugasan dalam masa sama untuk melihat adakah peranti berkenaan akan mengalami kelengahan namun ia tidak berlaku untuk iPad ini.

Ia adalah hasil keupayaan pemproses Apple A13 Bionic berkenaan dan penulis boleh katakan bahawa ini adalah peranti ‘all rounder’ bermula daripada tugasan biasa sehingga kepada kompleks.

Menyentuh aspek fizikal pula, iPad Generasi Kesembilan menawarkan pilihan storan bermula 64GB bersama-sama teknologi kamera hadapan ‘Center Stage’ untuk memudahkan pengguna.

Saiz skrin pula 10.2 inci menggunakan LED-Backlit dengan teknologi IPS manakala resolusi iPad ini adalah 2160 x 1620 True Tone.

Secara keseluruhannya, penulis sangat mencadangkan iPad Generasi Kesembilan ini kepada pengguna yang sedang mencari sebuah peranti mobiliti serta berkeupayaan untuk semua jenis tugasan.

Peranti ini juga didatangkan dengan pilihan papan kekunci dan Apple Pen untuk memudahkan pengguna melaksanakan sebarang tugasan tanpa sebarang masalah.

 

PERANTI berkenaan mampu untuk melancarkan sebarang tugasan bermula daripada tugasan ringkas sehingga kepada kompleks.
PERANTI berkenaan mampu untuk melancarkan sebarang tugasan bermula daripada tugasan ringkas sehingga kepada kompleks.
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat