“Dulu ugut nak tekan butang, sekarang butang dia pula habis terbuka”- Shahrir Samad

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Sewaktu siri kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka tempoh hari, pemimpin besar Perikatan Nasional (PN) ugut nak tekan butang, manakala di PRN Johor, dia pula habis terbuka butangnya,” kata Tan Sri Shahrir Samad.

Tanpa menamakan siapa pemimpin besar PN itu namun, umum maklum maksud veteran UMNO itu merujuk kepada Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Untuk rekod sebelum ini bekas Perdana Menteri, Muhyiddin menganggap cabaran Shahrir untuk mengadakan PRN di Johor, seperti yang berlaku di Melaka, bukan sahaja berniat jahat namun tidak berakal.

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu berkata, beliau tidak akan bertindak bodoh seperti segelintir pemimpin UMNO yang menarik sokongan terhadap kerajaan sendiri, dan akhirnya menyebabkan rakyat Melaka terpaksa menanggung risiko Covid-19 akibat PRN.

Katanya lagi, sekiranya beliau selaku Presiden Bersatu mengarahkan dua ADUN parti itu di Johor untuk menjatuhkan kerajaan, ia adalah satu kerja yang akan membahayakan rakyat.

Menjelang PRN Johor yang bakal berlangsung 12 Mac ini, Muhyiddin dilihat sering mengeluarkan ugutan kepada kerajaan semasa dan ia dinilai seolah-olah cuba menjerat sedangkan parti masih sebahagian daripada kerajaan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat