‘Muzik video Tempuh bukan nak perlekeh pekerjaan orang tapi…’

- Advertisement -

Kuala Lumpur: Tiga penyanyi muda iaitu Ryan Deedat, Chazynash dan Dani Kurama tidak berniat untuk memperlekehkan kerjaya tukang cuci tandas, pekerja pasar mahupun tukang besi dalam muzik video single terbaharu mereka berjudul Tempuh.

Chazy berkata, karakter itu dipilih kerana kerjaya sedemikan sering dihina masyarakat sekali gus ingin memberi pengajaran kepada orang ramai.

“Tiada istilah mahu memperlekehkan kerjaya siapapun. Ia hanya sekadar gambaran dan lakonan semata-mata.

“Kalau kita lihat tiga kerjaya ini sering dipandang rendah dan dihina masyarakat. Jadi, kami lakonkan supaya menjadi pengajaran kepada orang ramai agar tidak mempersendakan mana-mana pekerjaan termasuk individu yang berjuang untuk kelangsungan hidup.

“Malah mesej sebenar lagu ini juga menerangkan selagi kerja dilakukan halal, tempuhilah dengan penuh sabar meskipun bermacam dugaan perlu dilalui,” katanya.

Menurut Ryan, setiap pekerjaan memiliki cabaran tersendiri, lebih-lebih lagi dalam waktu sukar ketika pandemik Covid-19 ini.

“Kerjaya apapun yang kita lakukan pasti ada dugaan dan akan menimbulkan rasa kurang senang segelintir pihak.

“Dalam waktu sekarang ini juga kita tak boleh bongkak dengan kerjaya yang kita miliki kerana apa saja boleh berlaku. Sudah ramai yang kehilangan kerja sejak Covid-19 menyerang negara.

“Jadi, kita perlu bersyukur dan jangan memandang rendah dengan pekerjaan orang lain. Entah esok atau lusa giliran kita pula akan berada di tempat yang kita sendiri tidak mahu,” katanya.

Dalam pada itu, Dani berkata, Tempuh mengisahkan lagu yang memberi semangat kepada setiap individu tanpa mengira latar belakang mahupun pangkat.

“Tidak kira individu itu kaya atau miskin, pasti akan ada dugaan yang perlu ditempuhinya. Dalam hidup ini tiada perkara yang mudah dan senang sepanjang masa.

“Jadi lagu ini akan bercerita mengenai bagaimana kita mahu tempuh setiap dugaan yang datang dan kekal semangat melalui cabaran hidup di dunia ini,” katanya.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat