Mobiliti masa depan

- Advertisement -

MENERUSI visi ‘Move Your World’, UMW Toyota Motor (UMWT) akan menawarkan lebih banyak model-model kenderaan rendah karbon seperti Elektrik-Hibrid, Bateri-Elektrik dan model prestasi di bawah siri GR.

Antara yang bakal dilancarkan oleh UMWT pada tahun hadapan untuk pasaran tempatan ialah model Elektrik Hibrid Corolla Cross dan BZ4X (EV), GR86, GR Corolla dan GR Supra versi manual.

Presidennya, Ravindran K berkata, pada masa sama, 2022 mencatatkan prestasi jualan yang kukuh dan pihaknya mahu mengekalkan kedudukan itu pada 2023.

“Untuk rekod, jualan Toyota dan Lexus dalam tempoh 11 bulan tahun ini di Malaysia ialah sebanyak 90,595 unit, iaitu peningkatan 44 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.

“Jualan November pula merekodkan 10,442 unit berbanding 8,487 pada tahun lalu, ia adalah peningkatan 23 peratus,” katanya pada Malam Media Toyota di ibu negara baru-baru ini.

Menurut beliau, menerusi visi Move Your World itu, syarikat akan terus berusaha untuk berkembang.

“Visi ini adalah kesedaran kami tentang mobiliti masa hadapan dalam usaha untuk beralih daripada sebuah syarikat kereta kepada mobiliti.

 

RAVINDRAN.
RAVINDRAN.

 

“Pemilikan kereta juga akan menjadi lebih mudah berbanding sebelumnya dengan penghantaran ke depan pintu rumah pelanggan, perkhidmatan bantuan penyelenggaraan holistik, kos pemilikan lebih mudah dan banyak lagi,” katanya.

Untuk promosi hujung tahun, UMWT menawarkan bayaran bulanan serendah RM498 untuk Yaris dan RM598 bagi Vios selain tambahan RM4,000 tawaran promosi bagi varian terpilih.

 

TOYOTA Corolla Cross Hybrid.
TOYOTA Corolla Cross Hybrid.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat