Kerja lambat habis, Ernie menangis teringat anak di rumah

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Penyanyi popular, Ernie Zakri, 30, mengakui mula merasakan tekanan dalam meneruskan karier seni sejak bergelar ibu.

Ernie sedar perlu menerima penampilan fizikal dan kesihatan diri selepas melahirkan anak, lebih-lebih lagi usianya sudah menginjak fasa 30-an.

“Tekanan itu dari dahulu sehingga sekarang memang ada, cuma keadaan selepas melahirkan ini agak berlainan sedikit. Saya fikir apabila mencapai umur 30, berbeza daripada ketika berusia 25 hingga 26 tahun.

“Daripada sudut positif, saya terima tubuh dan keadaan kesihatan saya yang baharu ini. Saya cuba terima, kita cuma manusia, perlahan-lahan…Insya-Allah.

“Dahulu kerja sampai jam 1 pagi saya rasa gembira, tetapi sekarang, kerja sampai jam 12 malam saya sudah menangis kerana rindukan anak di rumah,” katanya dalam temu bual program Melodi TV3, baru-baru ini.

Bagi finalis Anugerah Juara Lagu Ke-37 (AJL 37) ini, dia tidak menolak rezeki untuk terus berkarya. Malah, mahu terus aktif biarpun diberi rezeki zuriat lagi.

“Selagi ada rezeki Allah hendak bagi, saya tak boleh hendak nafikan. Apabila saya rasa ia suatu perkara yang saya sayang, Allah masih mengizinkan saya menyanyi dan suami saya juga benarkan.

“Kenapa saya perlu berhenti atau memperlahankan kerjaya saya? Saya sudah berusia 30 tahun, capailah impian saya semampu mana saya boleh.

“Apabila ada anak, saya perlahan-lahan dan tidak gopoh seperti dahulu. Tetapi sekarang saya ambil masa sendiri. Dahulu ketika saya mula bertudung, orang cakap saya hendak perlahankan karier tetapi Alhamdulillah, Allah izinkan saya cari rezeki.

“Kalau ada anak dua, tiga atau empat sekalipun saya masih aktif lagi,” katanya.

Penyanyi lagu Astana ini juga sedih tidak banyak masa diluangkan bersama cahaya mata dan menganggap ia suatu pengorbanan.

“Salah satu pengorbanan saya dan suami, Allah permudahkan kerja saya di mana Khawla ada penjaga. Tetapi perkara yang menyedihkan apabila saya pulang, Khawla sudah tidur.

“Jadi kami tak dapat luangkan masa bersama seperti mana ibu lain yang menjaga anak di rumah sepenuh masa.

“Masing-masing ada cabaran sendiri. Ibu yang menjaga anak sepenuh masa pun ada cabaran dan sama juga seperti kami yang bekerja sepenuh masa.

“Saya tidak perlu rungutkanlah, rasa tertekan atau apa sahaja sebab apabila anak membesar nanti, saya tak dapat tengok dia seperti saya dukung dia ketika berumur sehari,” katanya.

Ernie mendirikan rumah tangga dengan Syamel pada 22 Mac 2021. Hasil dari perkahwinan itu, mereka dikurniakan cahaya mata perempuan, Nur Khawla Soleha berusia sembilan bulan. – XTRA

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat