Muhyiddin sahkan terima writ saman daripada Anwar

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin mengesahkan telah menerima writ dan pernyataan tuntutan saman fitnah daripada peguam Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut Presiden Bersatu itu, beliau menyerahkan urusan kes saman fitnah berkenaan kepada peguamnya bersandarkan lunas undang-undang.

“Oleh kerana Datuk Seri Anwar telah memilih untuk membawa perkara ini ke mahkamah, maka saya telah menyerahkan kepada peguam saya untuk mengendalikan kes ini mengikut lunas undang-undang,” katanya ringkas dalam kenyataan pada Rabu.

Semalam, Perdana Menteri telah memfailkan saman fitnah kepada Muhyiddin berhubung dakwaan kononnya Anwar menerima RM15 juta daripada Kerajaan Selangor sewaktu beliau berkhidmat sebagai penasihat ekonomi negeri itu.

Anwar berkata kenyataan Muhyiddin itu antara lain menggambarkan beliau sebagai seorang yang tidak boleh dipercayai dan tidak benar.

Tambahnya, ia juga memberi gambaran palsu bahawa dia seorang yang berdosa, seorang pembohong, seorang yang tamak, dan seorang yang munafik.

Kerajaan Selangor juga menafikan dakwaan Muhyiddin bahawa Anwar dibayar RM15 juta.

Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Juwairiya Zulkifli, berkata Anwar hanya dibayar sejumlah RM1 setahun untuk perkhidmatannya.

Beliau juga dilaporkan berkata bahawa maklumat ini telah direkodkan secara rasmi dalam Hansard DUN.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat