Kelantan, Terengganu Dapat RM100 Juta, Mangsa Banjir RM1,000 dan RM10,OOO – PM

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kerajaan menyalurkan bantuan banjir RM100 juta kepada dua negeri terjejas teruk iaitu Kelantan dan Terengganu di mana masing-masing memperoleh RM50 juta.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga mengumumkan peruntukan wang ihsan RM1,000 kepada setiap ketua isi rumah (KIR) mangsa banjir manakala RM10,000 akan disumbangkan kepada jika ada kemalangan yang menimpa ketika musim tengkujuh ini seperti kematian ahli keluarga akibat banjir.

“Memandangkan keadaan banjir kali ini lebih parah daripada biasa maka diluluskan peruntukan RM50 juta untuk Kelantan dan RM50 juta lagi buat Terenggganu, bantuan ini akan disalurkan segera demi kebajikan rakyat.

“RM1,000 akan diberikan kepada semua KIR yang terjejas banjir manakala RM10,000 jika ada kemalangan. Saya sudah arahkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-tugas Khas), Datuk Amrizan Mohd Ali akan pantau melalui Agensi Pengurusan Bencana Negara Jabatan Perdana Menteri (Nadma) untuk memastikan kebajikan rakyat terus dijaga,” katanya ketika sidang media selepas meninjau kawasan terjejas banjir di Pasir Mas, pada Rabu.

Anwar juga mengambil maklum bahawa kebanyakan mangsa banjir terdiri daripada golongan miskin oleh itu, kerajaan harus mengambil langkah perlu untuk meringankan beban mereka.

Beliau juga menyatakan bahawa peruntukan tambahan akan disalurkan nanti bagi membaik pulih infrasturuktur yang rosak dampak fenomena banjir ini.

“Walaupun kedudukan kewangan negara sudah mencapai hutang maksimum tapi saya akan berusaha sedaya upaya untuk meringankan beban rakyat terjejas banjir ini, nak selesaikan terus memang tak boleh, cuma untuk ringankan,” ujarnya.

Menteri Kewangan itu juga menjelaskan sekali lagi, projek tebatan banjir ditangguhkan sebentar bagi meneliti proses tender terhad untuk pastikan tiada kos berlebihan.

“Projek tebatan banjir Sungai Golok fasa 1 dan 2 tangguhkan sebentar, tangguh proses tender terhad untuk pastikan tiada kos berlebihan.

“Saya bagi jaminan selepas saja Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) kemuka cadangan projek kepada Kementerian Kewangan akan sediakan fast track untuk meluluskan dengan syarat ia bukan rundingan terus untuk menjamin supaya kos tidak meningkat,” kata Anwar.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat