Banjir: ATM Hantar Bantuan Tambahan Jentera Berat, Bot Ke Terengganu dan Kelantan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Tentera Darat melaksanakan bantuan tambahan atur gerak beberapa jentera berat bagi membantu mangsa banjir di Kelantan dan Terengganu.

Ia masing-masing empat trak tujuh tan di Terengganu, manakala dua trak lima tan serta dua trak tujuh tan di Kelantan.

Panglima Medan Barat Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Muhammad Hafizuddeain Jantan, berkata ia bagi membantu penghantaran bekalan makanan dan pemindahan mangsa di kawasan tidak boleh dilalui kenderaan ringan.

Katanya, Tentera Darat amnya dan Pemerintahan Medan Barat Tentera Darat khususnya akan sentiasa memantau situasi banjir yang melanda negara ketika ini dan bekerjasama dengan semua agensi di negeri lain.

Beliau berkata, Pemerintahan Medan Barat Tentera Darat sentiasa bersama rakyat dalam apa-apa situasi dan bersedia untuk membantu mangsa banjir di seluruh negara.

“Atur gerak semasa Pemerintahan Medan Barat Tentera Darat di Terengganu membabitkan kekuatan seramai 21 pegawai dan 388 anggota, selain 14 trak pelbagai, enam bot tempur dan enjin, pelbagai peralatan tambahan perairan serta alat perhubungan komunikasi.

“Atur gerak semasa Pemerintahan Medan Barat Tentera Darat di Kelantan membabitkan kekuatan seramai 38 pegawai dan 825 anggota, selain 14 trak pelbagai, tujuh bot tempur dan enjin, pelbagai peralatan tambahan perairan serta alat perhubungan komunikasi,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Muhammad Hafizuddeain berkata, Tentera Darat sentiasa bersiap sedia demi menjaga keamanan dan keselamatan negara serta membantu dalam apa-apa juga situasi, jika diperlukan.

Tentera Darat katanya, peka terhadap bencana banjir yang melanda negara pada setiap tahun, selain Pemerintahan Medan Barat Tentera Darat selaku formasi bertanggungjawab di seluruh Semenanjung sudah mengaturgerakkan trup dan aset bagi membantu mangsa di kawasan terjejas mulai 7 Oktober lalu.

“Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi semalam, melawat kawasan terjejas banjir di Pantai Timur. Beliau menyeru agar tambahan aset ATM digunakan bagi menyelesaikan isu logistik dalam membantu mangsa dan penghantaran barang keperluan ke lokasi terjejas,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat