Nikmati gandingan hebat HUAWEI nova 9, Watch GT 3

- Advertisement -

MENYEDARI teknologi bukan sahaja membantu pengguna dalam kehidupan seharian, HUAWEI melihat ini sebagai satu peluang bagi menawarkan pengalaman terbaik menerusi produknya.

Dengan usaha berterusan meningkatkan piawaian penggunaan peranti mereka, HUAWEI baru-baru ini memperkenalkan dua peranti terbaik mereka iaitu nova 9 dan Watch GT 3.

Kedua-dua peranti bukan sahaja tampil menarik malah bakal meningkatkan kehidupan pengguna ke tahap baharu.

Rekaan menarik dengan kamera terbaik

Image

Buat pengguna dengan personaliti yang ceria dan menarik, HUAWEI nova 9 pilihan yang tepat kerana ia mempunyai reka bentuk menarik secara estetika.

Dilengkapi kaca melengkung di bahagian hadapan dan belakang serta bahagian tepinya yang melengkung menyerlahkan lagi rekaan nova 9 tanpa mengabaikan fungsi telefon pintar apabila mengekalkan butang fizikal pada sisi untuk kawalan mudah.

Dengan ketebalan 7.77 milimeter dan berat hanya 175 gram, pengguna boleh menyimpan telefon pintar ke dalam poket dengan lebih selesa.

Bukan itu sahaja, nova 9 turut didatangkan dalam dua warna menarik iaitu Starry Blue dan hitam bagi melengkapkan gaya dan personaliti pengguna.

Image

HUAWEI nova 9 turut dilengkapi kamera hadapan revolusioner 32MP yang mampu merakam video 4K UltraHD menjadikannya sesuai untuk penstriman langsung, ‘vlogging’ atau mengambil swafoto.

Telefon pintar ini juga dilengkapi AIS Selfie Video Stabilisation untuk kamera hadapan yang secara drastik mengurangkan gegaran menjadikan video dirakam tampak lebih lancar dan jelas.

Selain itu, peranti ini juga hadir dengan ciri Pandangan Dwi yang membolehkan pengguna merakam dengan kedua-dua kamera hadapan dan belakang secara serentak.

Lebih mengagumkan, HUAWEI nova 9 turut membolehkan pengguna merakam video secara berterusan dan menukar kamera serta-merta dengan menekan satu butang sahaja.

Kamera hadapan UltraHD 32MP 4K revolusioner pada nova 9 juga dilengkapi sistem kamera Ultra Vision 50MP selain turut menampilkan RYYB Super Sensing menjadikan kualiti gambar dirakam lebih baik.

Pengguna juga tidak perlu menyunting gambar terlalu banyak kerana peranti ini dilengkapi XD Fusion Engine dan teknologi Ultra Vision HDR yang memberikan setiap butiran imej dalam apa juga jenis persekitaran sama ada panorama, jarak dekat, potret dan suasana malam.

Bukan itu sahaja, kamera utama HUAWEI nova 9 turut menyokong kualiti video 4K pada 30fps yang membolehkan pengguna merakam momen melalui gambar, video dan vlog.

Muat turun aplikasi dengan mudah, pantas

Dengan HUAWEI nova 9, pengguna boleh memuat turun aplikasi seperti Line, Telegram, Viber Messenger, WeChat dan Snapchat dengan mudah.

Pengguna hanya perlu membuat carian aplikasi menerusi HUAWEI AppGallery dan klik butang pasang. Dalam beberapa minit, pengguna sudah bersedia mengakses aplikasi yang dimuat turun pada HUAWEI nova 9.

Bagi aplikasi media sosial seperti Facebook, Facebook Messenger, Instagram dan Twitter pula, pengguna hanya perlu membuat carian di Petal Search, klik pasang dan semuanya siap untuk diakses.

Pengguna juga tidak perlu bimbang dengan mitos peranti HUAWEI tidak boleh mengakses aplikasi Google dengan adanya GSpace, sebuah aplikasi yang mengumpulkan semua aplikasi Google seperti Gmail, Google Maps, Google Photos dan banyak lagi dalam satu aplikasi.

Sekiranya ‘pop-up message’ timbul ketika menggunakan aplikasi GSpace, pengguna boleh melangkau ‘pop-up message’ dan teruskan mengakses aplikasi Google seperti biasa.

Bukan itu sahaja, pengguna juga boleh memuat turun aplikasi penstriman seperti Viu, iQiyi, YouTube, iFlix dan Netflix melalui HUAWEI AppGallery atau Petal Search.

Dengan HUAWEI AppGallery, pengguna juga boleh menikmati akses kepada koleksi permainan yang menarik dan terkini seperti Asphalt 8 Racing Game, PUBG Mobile, Mobile Legends, Modern Combat Versus, State of Survival dan banyak lagi.

Teman terbaik ketika bersenam

Image

Bagi menaik taraf cara penggunaan peranti, pengguna boleh memadankan Watch GT 3 dengan nova 9 dan dijamin pengguna tidak lagi terlepas panggilan mahupun mesej penting.

HUAWEI Watch GT 3 juga mampu membuat panggilan telefon Bluetooth dengan arahan suara, memberikan pengguna kawalan penuh ke atas nova 9 menerusi jam tangan pintar.

Dengan ciri dipertingkat, pengguna boleh menukar Watch GT 3 kepada alat kawalan kamera dengan hanya melaraskan nova 9 untuk menangkap gambar yang sempurna walaupun ketika dalam perjalanan solo.

Dengan padanan Watch GT 3 dan nova 9, pengguna juga boleh mengawal muzik menerusi jam tangan pintar sambil menikmati larian atau latihan rutin mereka.

Selain dilengkapi teknologi terkini, Watch GT 3 turut tampil bergaya dengan reka bentuk minimalis sambil mengekalkan ciri terbaik untuk sebuah jam tangan pintar.

HUAWEI Watch GT 3 hadir dalam dua variasi iaitu 46mm dan 42mm memberikan pengguna lebih daripada satu pilihan untuk melengkapkan gaya mereka dengan lebih baik.

Tidak cukup dengan itu, peranti ini bakal melengkapkan gaya pemakai dengan pelbagai tali termasuk fluoroelastomer hitam untuk Watch GT 3 46mm dan 42mm, kulit coklat untuk Watch GT 3 46mm dan kulit putih untuk WATCH GT 3 42mm.

Image

Jam tangan pintar ini juga mempunyai hayat bateri revolusioner 14 hari (Watch GT 3 46mm) dan hayat bateri tujuh hari (Watch GT 3 42mm) membolehkan pengguna fokus kepada perkara penting tanpa perlu risau tentang hayat bateri jam tangan pintar.

Peranti ini menyokong cas tanpa wayar pantas. Jadi, pengguna hanya perlu meletakkan jam tangan pintar pada ‘charging cradle’ ketika bersiap dan Watch GT 3 akan dicas dalam sekelip mata.

Lebih menarik, peranti juga menyokong pengecasan tanpa wayar terbalik yang mana pengguna hanya perlu meletakkan Watch GT 3 di belakang telefon pintar HUAWEI yang tertentu untuk mengecas sekiranya berada di luar.

Apa yang membuatkan Watch GT 3 lebih menarik ialah ia dilengkapi dengan pelbagai ciri senaman profesional dengan lebih daripada 100 mod senaman termasuk berenang, berlari, mendaki gunung, berbasikal dan lompat tali.

Kini, pengguna tidak perlu lagi mencari peranti pemantauan senaman khusus kerana Watch GT 3 dilengkapi dengan pelbagai ciri yang sesuai untuk apa jua senaman.

Rutin harian lebih baik dengan HUAWEI nova 9, Watch GT 3

Kedua-dua HUAWEI nova 9 dan HUAWEI Watch GT 3 padat dengan ciri moden dan canggih bagi membantu pengguna mencapai kehidupan terhubung dan pintar sepenuhnya.

Dengan ketersambungan yang lancar antara kedua-dua produk, pengalaman rutin harian pengguna dapat ditingkatkan ke tahap baharu.

Klik pautan berikut untuk maklumat lanjut mengenai kedua-dua peranti hebat ini:

Ayuh terokai pengalaman rutin harian terbaik dengan padanan nova 9 dan Watch GT 3 dan dapatkan duo ini menerusi HUAWEI Official Store di Shopee, HUAWEI Flagship Store di Lazada dan HUAWEI Store dalam talian.

Pengguna juga boleh berkunjung ke HUAWEI Experience Store berdekatan untuk merasai sendiri pengalaman menggunakan HUAWEI nova 9 dan HUAWEI Watch GT 3 hari ini!

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,480FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat