Masalah peti suara Nabila Razali semakin pulih

- Advertisement -

Kuala Lumpur: Keadaan peti suara penyanyi Nabila Razali, 29, yang sebelum ini bermasalah, sekarang diakui beransur pulih dan semakin membaik.

Nabila yang kini popular dengan single baharunya berjudul Putus, berkata dia sangat bersyukur masalah peti suara dialami semakin baik kerana nyanyian juga adalah sebahagian sumber rezekinya.

“Sebelum ini, saya memang ada buat rawatan kerana masalah peti suara itu dan alhamdulillah sekarang ia beransur pulih dan semakin baik.

“Kini, saya masih lagi melakukan langkah-langkah penjagaan untuk pulih dan kurangkan bengkak pada bahagian tekak itu, mengikut apa yang disarankan oleh doktor.

“Antaranya doktor pesan jangan makan makanan yang pedas sangat, elak minum ais, sebab benda-benda asas yang selalu kita lupa ini, saya kena ingat. Termasuk, cuba kurangkan makanan berminyak,” katanya kepada Harian Metro.

Menurut pelakon drama Kebaya Kasut Kanvas dan Seindah 7 Warna Pelangi ini, walaupun sebenarnya sukar untuk dia mengikuti apa disarankan itu tetapi, terpaksa buat juga kerana menyanyi adalah mata pencariannya.

“Apapun, syukur keadaan peti suara saya sekarang sangat-sangat baik dan harapnya ia boleh baik sepenuhnya sebab benda di dalam dan tak nampak. Cuma, setakat ini saya rasa selesa untuk menyanyi serta tak rasa sakit lagi.

“Kini, fokus saya memang pada nyanyian dan berterima kasih kepada semua yang menyokong single Putus. Jika sebelum ini saya berhadapan masalah peti suara, kini harapnya semoga semua dipermudahkan,” katanya.

Nabila yang dihubungi baru-baru ini berkata, dia masih lagi menyimpan impian mahu bertanding dipentas Anugerah Juara Lagu (AJL) sekiranya berpeluang pada masa akan datang.

Jelasnya, dia akan lebih memperkuatkan mental supaya tidak terlalu gementar atau gugup sangat ketika di atas pentas, termasuk perbanyakkan buat latihan persembahan.

Terdahulu, tahun lalu persembahan nyanyian Nabila pernah dikecam dan dipertikaikan netizen selepas dia sering ‘terkucil’ ketika menyanyikan lagu ‘hits’ Peluang Kedua secara langsung.

Lebih mengejutkan lagi, persembahan Nabila di pentas kemuncak AJL ke-35 pada Mac lalu juga sekali lagi dikritik apabila dia berterusan ‘terkucil lagi’ ketika menyanyi ‘live’.

Bagaimanapun pada Disember tahun lalu juga, Nabila pernah memaklumkan dia sebenarnya berhadapan masalah peti suara sehingga terpaksa menolak tawaran menyanyi serta kerja yang memerlukan dia bercakap banyak.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat