Kondisi semakin baik, Aziz Kaprawi tidak jadi ditidurkan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Bekas Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Ab Aziz Kaprawi yang positif COVID-19 tidak jadi ditidurkan kerana keadaannya bertambah baik.

Perkara itu disahkan adiknya, Khir Johari di Facebooknya yang berkata, prosedur “ditidurkan” yang sepatutnya dilakukan hari ini tidak diteruskan.

“Syukur Alhamdulillah, berkat doa orang ramai yang tidak henti-henti. Semoga ianya berterusan sehingga sembuh sepenuhnya,” katanya.

Bekas Ahli Parlimen Sri Gading itu yang dijangkiti COVID-19 minggu lalu, sepatutnya ditidurkan semalam, tetapi ditangguh ke hari ini atas permintaannya sendiri.

Aziz, 62, dan isterinya, Sabariah Tokimin disahkan positif COVID-19 enam hari lalu.

Aziz sedang dirawat di Hospital Sultanah Nora Ismail, Batu Pahat, manakala isterinya masih dikuarantin di rumah.

BACA LAGI:

COVID-19: Aziz Kaprawi Mungkin Ditidurkan

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat