Kini masanya kerajaan fokus laksana Belanjawan 2021 – Pemuda PN

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Berbaki beberapa hari menuju 2021, Pemuda Perikatan Nasional (PN) menyeru kerajaan dan semua pihak bertanggungjawab untuk memberi fokus sepenuhnya kepada pelaksanaan Belanjawan 2021 demi kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara.

Ketuanya, Ir Khairul Nizam Khirudin berkata, Pemuda PN juga bertekad menjadi pemudah cara rakyat dalam memastikan pelaksanaan unjuran kerajaan dan inisiatif prihatin rakyat yang efektif dan holistik.

“Kami juga komited menjadi dhamir rakyat untuk memastikan “no one left behind” sekali gus merealiasikan Wawasan Kemakmuran Bersama,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Menurut beliau, Belanjawan 2021 adalah refleksi sikap keprihatinan Kerajaan PN untuk menjamin kelangsungan hidup rakyat dan kemampanan ekonomi.

“Pandemik COVID-19 menuntut Kerajaan PN memberi tumpuan kepada pelaksanaan pelbagai inisiatif sosial untuk golongan B40, M40, golongan rentan serta golongan yang kurang bernasib baik yang pastinya terjejas akibat krisis ini.

“Kerajaan PN juga telah merencanakan pelbagai kebijakan untuk menyediakan peluang pekerjaan dan memperkasa sumber daya manusia demi untuk mengurangkan kadar pengangguran dan merancakkan produktiviti negara,” ujarnya.

Khairul Nizam yang juga Ketua Pemuda PAS memberitahu, Skim Jaminan Penjanaan Pekerjaan (JanaKerja) yang direncanakan untuk menyediakan 500,000 peluang pekerjaan baharu selain pelbagai program peningkatan kemahiran dengan perbelanjaan sebanyak RM3.7 bilion pastinya menggembirakan warga dari pelbagai lapisan masyarakat khususnya generasi muda.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat