Ranhill SAJ Sampaikan Sumbangan Wakalah Berjumlah RM341,980

- Advertisement -

JOHOR Bahru: Syarikat Ranhill SAJ (pembekal air Johor) memperuntukan RM341,980 sebagai sumbangan wakalah kepada golongan asnaf yang berkelayakan di semua daerah negeri Johor melalui 13 agensinya.

Ketua Pegawai Eksekutif Ranhill SAJ, Nor Ifuan Md Nor berkata sumbangan yang diberikan dalam bentuk wang tunai sebanyak RM1000 kepada 342 individu yang telah dikenal pasti daripada senarai Majlis Agama Islam Johor dan juga senarai e-Kasih.

Menurutnya, wakalah merupakan dasar pengembalian wang zakat oleh Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) kepada entiti yang membayar zakat kepada Pungutan Zakat MAIJ untuk diagihkan kepada asnaf yang layak, jelasnya.

“Sumbangan wakalah ini diharapkan dapat membantu golongan yang kirang bernasib baik, lebih-lebih lagi didalam keadaan berdepan dengan pandemik Covid-19 ini,

“Disamping dapat menyempurnakan amanah dan kewajipan dengan mengagihkan wang zakat ini, kami juga ingin memperkukuhkan hubungan Ranhill SAJ dengan komuniti dan ini juga adalah sebahagian daripada tanggungjawan sosial syarikat kepada masyarakat setempat,” katanya ketika majlis penutupan program wakalah di Ranhill SAJ, sebentar tadi.

Tegasnya, sumbangan wakalah ini mengutamakan golongan asnaf seperti ibu atau bapa tunggal yang mempunyai tanggungjawab ahli keluarga yang ramai. -SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat