Hamzah kekal ketua pembangkang, Muhyiddin nafi spekulasi pertukaran

TUARAN — Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan bahawa Datuk Seri Hamzah Zainuddin kekal memegang jawatan Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat, sekali gus menafikan dakwaan kononnya Ahli Parlimen Larut itu bakal digantikan oleh Datuk Dr. Radzi Jidin.

Menurut Muhyiddin, PN tidak pernah membincangkan atau mempertimbangkan sebarang perubahan dalam struktur kepimpinan pembangkang seperti yang tersebar sejak kebelakangan ini.

“Tidak ada apa-apa. Tidak ada pertukaran. Kekalkan sahaja. Dia (Radzi) pun tidak boleh berada di situ kalau dia (Hamzah) tidak ditukar. Jadi kekal seperti mana yang ada sekarang,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri Program Abah Bersama Rakyat, Pelancaran Era Baru Pantai Dalit, hari ini.

Beliau berkata, spekulasi yang timbul sejak beberapa hari lalu telah pun selesai selepas semua pimpinan tertinggi PN mengadakan pertemuan di kediamannya, baru baru ini.

“Tidak ada apa-apa masalah. Semua berjalan dengan baik. Mereka memberikan sokongan padu. Ini langkah untuk memastikan persetujuan dalam Majlis Tertinggi supaya tidak timbul isu berlarutan,” ujarnya.

Muhyiddin turut menekankan bahawa perpaduan dalaman PN berada pada tahap terbaik ketika ini, dengan semangat kerjasama yang semakin kukuh menjelang Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16).

Beliau turut menyeru agar semua pihak menghentikan perhatian terhadap khabar angin dan kembali fokus kepada persiapan menghadapi pilihan raya.

“Kami mahu Bersatu dan PN terus kuat menghadapi PRU16. Yang penting semua berada dalam keadaan kukuh dan bersatu,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat