Gred D lebih baik dari F – PM Anwar

- Advertisement -

PM anggap gred D dinilai Bersih cuma peringkat UPSR, nanti SPM dapat A

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim terbuka bahkan tidak melatah apabila dinilai sekadar memperoleh gred D oleh Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih).

Anwar malah menganggap usia dua tahun Kerajaan Perpaduan yang dikemudi beliau masih mentah dan disamakan dengan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) sahaja.

“Tentang Bersih, tak apalah. Bersih bagi D bukan F.

“Jadi mudah-mudahan UPSR (dapat) D.

“Nanti Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) esok naik A, Insya- Allah. Baru sangat (Kerajaan Perpaduan),” kata Perdana Menteri sewaktu pertanyaan-pertanyaan menteri di Dewan Rakyat pada Khamis.

Baru-baru ini Bersih menilai Kerajaan Perpaduan dengan gred D mengambil kira prestasi sejak dua tahun pembentukannya, selain meletakkan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri terbaik, sejak 2009.

Pengerusi Bersih Faisal Abdul Aziz berkata, gred diterima Kerajaan Perpaduan mencerminkan kemajuan terhad melaksanakan reformasi, serta jurang antara retorik dan tindakan.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat