AGC ada asas cukup tuduh pelajar tingkatan 2 membunuh

KUALA LUMPUR – Jabatan Peguam Negara (AGC) telah meneliti kertas siasatan yang dikemukakan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung kes kematian seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun yang ditikam di sebuah sekolah menengah di Bandar Utama.

Hasil penelitian menyeluruh terhadap kertas siasatan mendapati terdapat asas yang mencukupi untuk pertuduhan dikenakan terhadap seorang pelajar lelaki yang terlibat dalam kejadian tersebut.

Sehubungan itu, AGC memutuskan untuk mendakwa pelajar terbabit di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan [Akta 574] kerana kesalahan membunuh.

Pertuduhan akan dikemukakan di Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada 22 Oktober 2025.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat