Lapan Orang Anggota Kakitangan Hospital Melaka Positif Covid-19

- Advertisement -

MELAKA: Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Melaka memaklumkan terdapat lapan orang anggota kakitangan Hospital Melaka disahkan positif Covid-19 dan sedang menerima rawatan di hospital tersebut.

Dalam pada itu, JKN Melaka menafikan mesej yang tular yang menyatakan terdapat 11 orang kakitangan hospital Melaka dijangkiti Covid-19 dan wad tertentu di hospital tersebut telah ditutup.

“Hanya lapan anggota kakitangan Hospital Melaka positif Covid-19 dan mereka sedang menerima rawatan,

“Kami ingin menegaskan tiada wad ditutup setakat ini,” jelas mereka.

Pihak JKN Melaka memberi jaminan bahawa perkhidmatan Hospital Melaka tidak akan terjejas dan sentiasa mematuhi SOP yang ditetapkan.

“Kami menasihati orang yang mendapatkan maklumat terkini berhubung Covid-19 di negeri Melaka untuk menghubungi CPRC, JKN Melaka di talian 06-2345999 atau email [email protected],” katanya. –SuaraTV

-Gambar sekadar hiasan

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat