MN: Bukti musuh politik gagal hancurkan UMNO, PAS

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Pendaftaran Muafakat Nasional (MN) secara rasmi membuktikan kepada musuh politik bahawa mereka tidak akan berjaya untuk memecah belahkan perpaduan antara UMNO dan PAS.

Pengerusi Sidang Assabiqun PAS, Datuk Dr Mahfodz Mohamed berkata, menerusi jalinan rasmi ini kedua-dua parti akan terus berta’awun lebih akrab lagi demi mengukuhkan ukhuwah Islamiyah dan memantapkan jentera pilihan raya.

“Sidang Assabiqun  PAS menzahirkan rasa syukur dan lega yang amat sangat  dengan langkah yang diambil oleh kedua-dua pemimpin tertinggi UMNO dan PAS yang memutuskan untuk terus mengukuhkan MN menerusi pendaftaran secara rasmi dengan Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS).

“Sesungguhnya dengan mendaftarkan MN mencerminkan komitmen yang tinggi kedua-dua parti Melayu-Islam yang terbesar di Malaysia ini untuk memartabatkan perjuangan membela agama, bangsa dan negara sepertimana yang termeterai dalam piagam MN,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurut Mahfodz, Sidang Assabiqun berharap semoga MN dan kumpulan yang sealiran dengannya dapat mencapai kejayaan dalam PRU15 akan datang.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat