Peluang saksikan Aksi F1 secara lansung dengan pembelian DJI Osmo

Peminat sukan permotoran dan pencinta kandungan digital kini mempunyai lebih banyak alasan untuk mendapatkan kamera DJI Osmo apabila DJI Malaysia menawarkan peluang memenangi tiket menyaksikan perlumbaan Formula 1 secara langsung di Sepang.

Menerusi kempen terhad yang berlangsung dari 18 hingga 27 September 2026, pelanggan yang membuat pembelian produk daripada siri DJI Osmo berpeluang memenangi tiket ke Formula 1 Gulf Air Bahrain Grand Prix in Malaysia 2026, yang dijadualkan berlangsung dari 2 hingga 4 Oktober 2026 di PETRONAS Sepang International Circuit.

Pemenang kempen berkenaan akan diumumkan pada 29 September ini, sekali gus memberikan peluang kepada peminat untuk merasai sendiri suasana perlumbaan yang penuh dengan aksi, kelajuan dan adrenalin di litar.

Kempen tersebut hadir bersempena dengan kerjasama DJI Malaysia bersama Sepang International Circuit (SIC), dengan DJI kini memegang peranan sebagai Official Sepang International Circuit Action Camera Partner.

Kerjasama itu turut memberi penekanan kepada pengalaman merakam aksi sukan permotoran, terutama menerusi produk terbaharu DJI, Osmo 360 II, yang direka untuk memberikan lebih banyak kebebasan kepada pengguna ketika menghasilkan kandungan.

Berbeza daripada rakaman menggunakan kamera biasa yang memerlukan pengguna menentukan sudut sebelum merakam, Osmo 360 II membolehkan keseluruhan suasana dirakam dalam satu rakaman 360 darjah. Pengguna kemudiannya boleh memilih sudut yang diingini ketika proses suntingan.

Bagi peminat perlumbaan, ciri berkenaan membolehkan pelbagai momen dirakam dalam satu masa, sama ada aksi kereta di litar, reaksi penonton di grandstand mahupun suasana sekitar venue.

Dari aspek keupayaan rakaman, Osmo 360 II menawarkan video 360 darjah pada resolusi asli 8K/60fps, sensor pengimejan HDR berbentuk segi empat bersaiz satu inci serta julat dinamik sehingga 14.5 stop.

Kamera itu turut dilengkapi AI SuperNight 2.0 untuk membantu menghasilkan rakaman dalam keadaan pencahayaan rendah, selain kanta ultra-keras yang boleh diganti dan storan terbina dalam 105GB.

Pengguna juga boleh menghasilkan kandungan dengan lebih kreatif menerusi ciri seperti Spotlight Follow, Dual Recording, rakaman gerak perlahan 360 darjah 4K/240fps, 16K 360° Timelapse dan 8K/120fps Vortex.

Dengan kempen tersebut, pembelian kamera DJI Osmo bukan sahaja membuka peluang kepada pengguna untuk meneroka pengalaman menghasilkan kandungan dari perspektif berbeza, malah menawarkan peluang menyaksikan sendiri aksi perlumbaan di Sepang.

Maklumat lanjut mengenai pelantikan DJI Malaysia sebagai SIC Action Camera Partner boleh didapati menerusi pengumuman rasmi DJI Malaysia di Facebook dan Instagram.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat