Usahawan Permulaan Terima Bantuan Latihan INSKEN

- Advertisement -

CYBERJAYA – Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) komited membantu kesemua kategori usahawan termasuklah usahawan permulaan atau ‘Start-Up” melalui Kursus Asas Keusahawanan (KAK) yang diadakan sejak tahun 2019.

Ketua Pegawai Eksekutif INSKEN, Encik Muhd Firdaus bin Azharuddin berkata, KAK dan KAK Se merupakan persediaan awal untuk usahawan melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan sebelum melangkah masuk ke dalam bidang keusahawanan.

“Semenjak negara dilanda pandemik Covid-19 pada Mac 2020, ramai individu telah memilih untuk menceburi bidang keusahawanan lebih-lebih lagi mereka yang hilang pekerjaan.

“Oleh itu, wajarlah untuk bakal usahawan mendapatkan ilmu asas keusahawanan seperti KAK ini untuk membantu kelangsungan bisnes mereka supaya tidak terencat operasinya,” katanya.

Menurut beliau, seramai 197 daripada 535 usahawan telah memulakan perniagaan selepas menyertai program KAK dan KAK Se.

Malah para peserta program ini juga turut menyediakan 1,007 pekerjaan dalam perniagaan mereka.

“Modul yang ditawarkan melalui program KAK sangat lengkap dan komprehensif sehingga membolehkan usahawan mendapat gambaran awal operasi perniagaan mereka nanti.

“Antara modul yang disentuh ketika kursus ini adalah, pendaftaran bisnes, pengurusan kewangan, jualan dan pemasaran, operasi bisnes dan banyak lagi,”katanya.

INSKEN turut menawarkan Kursus Asas Keusahawanan Sosial (KAK Se) iaitu sebuah program yang memfokuskan kepada modul asas perniagaan keusahawanan sosial dengan tujuan untuk membantu komuniti kelainan upaya, miskin bandar dan pelbagai lagi.

Modul program KAK Se ini terdiri daripada pendaftaran perusahaan sosial, pengurusan perusahaan sosial, pengurusan kewangan, aspek perundangan, pengukuran impak sosial dan pelbagai lagi. Kedua-dua program KAK dan KAK Se ini juga boleh disertai oleh usahawan yang sudah lama berkecimpung dalam dunia perniagaan bagi memperbaiki semula pengurusan perniagaan mereka.

Semenjak 2019, INSKEN telah menjalankan 295 KAK dan KAK Se yang telah memberi manfaat kepada 12,265 usahawan. Maklumat lanjut mengenai program anjuran INSKEN boleh didapati di Facebook dan Instagram @inskenofficial.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat